Deepavali muncul kini. Maknanya, kita cuti lagi. Itulah untungnya jadi rakyat
Ahad, aku belanja budak2 pantun makan pizza. Malangnya, Atiqah tak join. Dayang datang lambat dalam keadaan kurang sihat. Lepas kuar dari rest pizza, terus muntah dia. Kesian. Maka, saya pulangkan kepada bondanya. Azlan, Arniea dan Syahmin kemudiannya saya angkut ke rumah ckg Farianis. Saya ambil ustazah Rogayah dan anaknya sebelum itu. Biasalah, apa lagi yang buat saya terliur di rumah cikgu Farianis kalau bukan Laksa Johor yang kekwat tu. Mana tak kekwat, siapa yang biasa makan laksa Johor wajib tahu. Guna spagetti beb… Lagi pun tak best pula kalau tak datang. Yelah, kak HEM lah katakan. Lagipun, dia nak pindah Taman Bunga Tulip dah esok.
Selesai rumah ckg Farianis, ke rumah cikgu Mardeana Ahmad yang kaya-raya tu. Aku terfikir, mampukah aku memiliki rumah seperti rumahnya satu hari nanti ? Pasti boleh kalau sanggup ikat perut, tahan nafsu berbelanja, buat bisnes dan lupakan hobi melancong. Sanggup ? Takpelah, biarlah duduk rumah flat pun tak apa…
Cikgu Azmi juga sempat mempelawa saya. Dia membuat jamuan perpisahan untuk kelasnya, 6 Atas Iltizam. Saya tidak kekok di rumah cikgu Azmi di Taman King Fook itu. Yelah, saya pernah menjadi housematenya di situ dulu. 6 Atas Iltizam juga bukan asing bagi saya biarpun saya tidak pernah mengajar mereka. Fandi (ketua kelas) dan Saiful, budak dikir barat saya. Azmi (pelajar), Mawar dan Awang juga pernah membantu untuk Kelab Kebudayaan. Mereka agak terkejut apabila saya datang dengan budak2 pantun, ustazah Rogayah yang rock serta anaknya.
Isnin… Deepavali Nal Vattekel…Jam 11 ada kenduri di rumah pengetua cemerlang, Puan Juriah. Beliau dan suami akan menunaikan rukun Islam kelima 4hb 11 ni. Saya sempat meminta beliau mendoakan agar saya dipanggil juga untuk menunaikan haji. InsyaAllah…
Setelah itu, kami ke rumah cikgu Arbayah dan suaminya cikgu Kisman yang juga akan menunaikan ibadah haji pada tarikh yang sama. Kali ini, saya sempat berpesan untuk kak Bayah mendoakan agar saya dipercepatkan johoh…hehehee…
Selesai ke rumah bakal-bakal haji, kami ke rumah cikgu Alinah tidak ketinggalan membuat rumah terbuka di hujung Syawal (ada ke lagi Syawal ek ?). Makanannya, saya lavelkan sebagai 1st class.
Pendek kata, lupakan dulu diet yang diimpikan. Makan dulu sampai pecah perut…
No comments:
Post a Comment