Sunday, November 30, 2008

CUTI HUJUNG TAHUN ? YAHOOO.........

Tahun lalu, saya bercuti hujung tahun tanpa pulang ke Setapak. Saya menjemput teman-teman dari Semenanjung melawat tanah yang saya cintai iaitu Borneo khususnya Sabah. Kami travel dari Tawau ke Kudat dengan Avanza Cikgu Nazarul yang mengajar di SMK Balung. Lunyai jugalah Avanza tu kami lanyak. Waktu pulangkan, siap dengan bau ikan segala lagi.

Tahun sebelumnya, saya ke Indonesia dengan Mazlan dan Zamani. Saya sempat punya teman-teman di sana. Dan tentunya saya cukup menyenangi Mbak Kiki dan Mas Rinto. Bagai janji saya kepada mereka, kini saya kembali, InsyaAllah. Tahun ini saya merancang trip ke Bandung dan Yogya. Tahun 2006 lalu, saya ke Jakarta-Yogya-Bali selama 10 hari. Mungkin gambar-gambar ini sudah agak basi (zaman masih rambut belah pantat - kata orang Tawau). Namun, saya ingin menyimpannya dalam blog ini. Percutian yang sangat perlu saya ingati...


JAKARTA


depan Monumen Nasional Indonesia (MONAS). Atasnya, yang jadi api obor tu, dibuat daripada emas hasil pampasan daripada kerajaan Jepun (rujuk buku sejarah)



jumpa lak dengan budak2 Bugis kat MONAS tengah nongkrong. Saya syak dorang Bugis sebab salah sorang bernama 'Acok'. Standart la, nama Bugis. Macam 'Ujang' untuk Nogori. Sempat gak saya promote Tawau yang majoriti Bugis kat dorang. Tapi, yang baju hitam tanpa lengan kat depan tu bukan Bugis. Siamis boleh jadi. Itu la Mazlan. Pure Kelantan (Kelate Bulih....)



naik keretapi untuk ke destinasi berikutnya. Keretapi sana bukan calang-calang. Ada pramugari lagi. Makanan yang saya makan tu pun, percuma (dah masuk harga tambang yang tak la mahal pun).



ini antara pemandangan yang dapat dilihat dari atas keretapi. Cantik tak....??? (Ala-ala pertanyaan Eric Kasa Impian) Saya kesan yang orang Indonesia ni sangat rajin. Sangat. Mereka memanfaatkan setiap inci tanah. Kalau kita, batas sawah tu digunakan sebagai laluan pejalan kaki (kadang-kadang basikal dan motor juga). Tapi mereka tetap tanam sesuatu kat batas tu. Contohnya, bawang. Rajin, kan...



YOGYAKARTA


stesen keretapi Yogya. 1st Impression memang menakjubkan. Yogya sangat bersih. Tak macam Jakarta yang berdebu, panas, sesak dan macet. Bayangkan, makcik jual paper pun boleh menjual sambil baring-baring. Dan percayalah, saya juga sanggup baring di kaki lima Yogya. Memang waktu malam, ramai orang tidur di kaki lima. Tapi tak nampak kotor, tak nam pak selekeh dan paling penting, langsung tak merisaukan dan menakutkan kita. Saya gelarkan Yogya - daerah bahagia. Mana taknya, kita boleh ketawa, bercakap, bercanda dan ketawa kuat-kuat tanpa sesiapapun peduli atau menghiraukan kita.



makan time...Kami memilih makan secara lesehan (bersila) di gerai tepi jalan yang masakannya sangat sedap (beras sangat enak dan harum) dan murah. Sambil makan, akan ada pengamen yang datang menyumbang bakat tanpa paksaan untuk membayar. Tapi, saya perhatikan mereka tidak pernah dihalau daripada membuat persembahan dan walau semiskin mana pun orang yang melihat, saya perhatikan, pasti semua menghulur sumbangan. Nampaknya, mereka sangat menghargai seniman yang bukan calang-calang bakatnya. Kalau di Msia, agaknya dah buat album. Oh, ya... Sheila On 7 juga asalnya pengamen macam mereka.



saya bukanlah peminat bakso. Tapi, bakso di sini sangat sedap. Tak pasti nama tempatnya. Di sini ramai sangat anak-anak gaul nongkrong di waktu malam. Dekat dengan tempat makan ni, ada dua batang pokok yang kira-kira 2 1/2 depa jaraknya. Kalau kita mampu melalui antara kedua batang pokok ini dengan menutup mata, kata orang di sini, hajat kita akan tertunai. Mazlan cuba melaluinya malam itu, tapi tak berjaya. Saya pula, tak berani. Mana tau, buka-buka mata nanti, berada di alam lain pulak. Tak ke naya... Tapi kalau bercuti ke sini lagi nanti, saya yakin sudah punya cukup keberanian untuk melalui pohon itu.



candi Borobudur adalah antara tarikan kuat saya ke Yogya. Satu daripada 7 perkara ajaib di dunia, kan... Candi ni waktu zaman Yogya dikuasai pengaruh Hindu. Ianya dijumpai semula oleh Bulle (orang putih) di mana candi-candi (patung) dalam sangkar tu hampir kesemuanya telah dipancung kepala oleh orang-orang Islam yang tahu akan haramnya menyembah berhala. Apa yang menakjubkan, waktu kami berkunjung ke sini, Yogya baru saja dilanda gempa bumi dan banyak juga kemusnahan yang sedang diperbaiki. Namun, agak menakjubkan apabila binaan candi Borobudur ini, jangankan runtuh atau merekah, sedikit retakan pun tiada. Cuma agak kurang selesa apabila terlalu ramai penjual cenderamata yang mengekori menawarkan barangan.



candi Prambanan rosak teruk juga bahana gempa bumi. Pembinaan semula sedang dibuat dan belum siap sepenuhnya. Candi Prambanan ini pula hasil bertapaknya agama Budha di bumi Yogya dulu. Kata orang, kalau kita menemui seorang gadis menemui seseorang yang kemudian dicintainya di candi ini, dia akan jadi ANDALUSIA (anak dara lanjut usia). Ada mitosnya pembinaan candi ini. Menurut pengkisahan, zaman dulu, ada seorang putera yang menyintai dan ingin mengahwini ibunya sendiri (choi....). Lalu, ibunya meletakkan syarat, jika anaknya itu dapat mendirikan 1000 candi dalam satu malam, maka ibunya akan akur. Malamnya, putera tersebut telah meminta bantuan geng-gengnya iaitu jin-jin untuk membantunya mendirikan candi. Jin-jin yang hanya boleh duty waktu malam itu pun, membantu. Ibunya terkejut melihat candi-candi yang hampir siap. Oleh itu, ibunya membakar api besar dan membuat bunyi-bunyian supaya suasana jadi terang dan bising agar jin-jin tu ingat, hari dah siang lalu melarikan diri. Setelah betul-betul siang, apabila dikira, hanya 999 candi yang dapat disiapkan. Lalu ibunya memohon kepada dewa apa tah, untuk menjadi candi yang ke-1000.



jangan tak tahu, ini bukan calang-calang kereta kuda kerana ini adalah kereta kuda diraja. Waktu ni, saya berada di dalam keraton. Yogya masih mengamalkan pemerintahan keraton. Yang bestnya, keraton di sini boleh masuk. Ada banyak kereta kuda diraja dipamerkan. Kedudukan raja di sini masih sakral. Kereta kuda juga masih menjadi kenderaan utama penduduk di Yogya. Selain bandar diraja, Yogya juga dikenali sebagai bandar kesenian pentas. Jalan Malioboro misalnya, saya sempat menonton persembahan teater, gamelan Jawa, dan orkestra secara tidak formal. Dan yang mempersembahkannya adalah budak2 yang juga bukan dalam keadaan formal. Kraftangan juga, banyak sekali. Saya sempat membeli kuda kepang di sana.



BALI


feri ini untuk ke Pulau Bali. Ambil di Banyu Wangi. Sejarah Banyu Wangi (banyu bermaksud air) adalah pada zaman dolu2, ada seorang perempuan yang sangat baik giler. Ppuan ini terjatuh ke dalam parit dan air parit itu kemudiannya menjadi tersangat la wanginya. Apa yang saya suka sangat tendang Bali adalah kerana masyarakat Hindunya yang sangat berpegang kuat dengan agama dan jujur pulak tu. Sangat jujur. Tempat-tempat lain, malas la nak komen...



perhatian... saya tidak tinggal di hotel ini. Tak sanggup... Mahal... Tapi, apa yang membanggakan, saya difahamkan yang Hotel Hard Rock ini milik seorang rakyat Msia. Wah... Ini di Pantai Kuter yang terkenal tu. Dekat2 sini la disko yang ada peristiwa 'bom Bali' tu... Ada juga kawan-kawan yang suruh saya berjaga-jaga ekoran tragedi itu. Hey, nak mati, kat mana2 pun boleh. Itu kan penyebab saja. Lagipun, saya tak masuk disko...



sunset di Pantai Kuter. Cantik sangat. Pantai ini juga terkenal dengan 'sotong kering' dan 'ikan masin' berkulit putih-gebu yang selalu bersidai di tepi pantai. Malam, saya jalan-jalan juga di siring pantai. Yelah, kata orang, omputeh suka mandi bogel di situ. Tapi, agak malang tak jumpa pula. Omputeh sekarang pun dah pandai malu agaknya. Cuma kalau nak tengok sangat, baik ke sumur. Orang2 Bali suka mandi bogel kata orang. Tapi, sumpah saya tak pergi sekodeng....



ni lepas menonton persembahan Barongan. Bali terkenal dengan keseniannya. Barongan adalah nama watak yang pakai topeng berat di tengah itulah. Barongan tu nama raksasa jahat dalam teater tradisional tu. Malaysia pun ada juga Barongan kat Perlis. Tapi, dah nak pupus dah. Kat Bali, kesenian cukup subur dan diwarisi turun-temurun.



restoran yang menyajikan makanan tradisi Bali ini agak kurang memenuhi selera saya. Bali bukanlah tempat mencari makanan-makanan enak (bagi saya, lah). Atau mungkin kerana selera saya sudah tertutup sedari awal melihat banyaknya gerai-gerai yang menjual menu istimewa 'Babi Guling'. Malah, kerana teringatkan bakso di Yogya, saya hampir termakan bakso babi di Bali. Mujur saya bertanya...



tempat yang indah ini bernama Tanah Lot. Ada banyak pura (rumah ibadat) di sini. Melihat mereka beribadat, membuatkan saya kagum dan malu pada diri sendiri. Saya dan agama saya mungkin tidak sepatuh mereka dan agama mereka. Setiap pagi, mereka patuh meletakkan sajen (sejenis sembahan bunga-bungaan) di siring jalan. Malah, mereka cukup menyenangkan.



saya lupa nama tempat ini. Namun ianya di tanah tinggi yang dingin. Lihat mereka beribadat. Untungnya, kebetulan kami ke sana waktu Pesta Kuningan. Ala, macam Hari Raya la kalau kita. Namun, kata mereka, Pesta Kuningan untuk tahun ini agak istimewa, di mana mereka menyambutnya setiap 50 tahun.



masih di pura yang sama, penglibatan anak muda dalam aktiviti keagamaan dan sembahan, amat mengkagumkan saya. Lihat anak-anak muda menjadi nadi utama bermain gamelan mengiringi upacara sembahan.



binaan di belakang saya itu terdapat di dada rupiah yang saya lupa nilainya.



panggung ini baru saja menyajikan tarian kecak buat kami. Tarian yang mulanya sebagai upacara sembahan memanggil hujan pada satu musim kemarau itu telah dimurnikan dan dikomersilkan dengan menjadikannya teater tradisional dan teater bersama tarian kecak yang dipertontonkan kepada kami adalah daripada epik Hindu Ramayana.


Tak sabar nak ke Bandung pula hujung tahun ini.....

DIVYA THE MOVIE… DIVYA LAGI… LAGI-LAGI DIVYA… DIVYA KEMBALI DA….

Entri ni sepatutnya dimasukkan lebih awal. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, sekarang baru masuk.

Sebelum cuti hari tu, ada peristiwa yang sangat cute. Tentang Divya, lah… Ceritanya begini….

Tapi sebelum tu, harap korang dah baca entri khas sempena Deepavali Vattekel. Cerita tentang Divya, lah. Kali ni, kisah lain lagi. Sebelum tu, tengok gambar ni dulu. Jeng-jeng-jeng….

Ada apa dengan Divya Mala A/P Shanmugan dan Mrs Rosdiana binti Abd Manap ? Let’s Encik Moh Azam Rezali ceritakan, ok…

Sebelum cuti, adalah cikgu2 yang teradvanced ni, bagi markah awal pada budak2 untuk final exam. Sebenarnya, tak diarahkan pun. Yelah, memandangkan cuti betul2 lepas exam, jadi markah tu sebenarnya hanya diwajibkan untuk dihantar kepada guru kelas yang hensem untuk dimasukkan ke dalam buku kuning yang dah ketinggalan zaman tu…(hello… manusia dah sampai ke bulan ok. Buku laporan macam tu digunakan oleh sekolah mak saya dan mungkin nenek saya kalau dia sekolah – inovatif la sikit….please la sistem pendidikan…)

Antara guru yang ‘tip-top’ kerjanya, tentulah bukan saya. Tapi, cikgu Mardeana Ahmad. Yelah, ketua bidang bahasa la pulak. Setelah dapat markah BI, ni…no…ni…no….kebakaran…kebakaran….

Ada hati yang terbakar kerana tak puas hati dengan markahnya. Saya tak tahu apa-apa. Bila masuk dalam bilik guru, kelihatan Divya Mala sedang ditenangkan oleh Ketua Panitia BI. Siapa lagi, Cikgu Rosediana la. Jadi, saya sebagai guru kelas yang hensem dan menyayangi anak2nya, teruslah dengan klisenya bertanya apa yang terjadi. Cikgu Mardeana Ahmad tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Trus dia bertanya kepada saya. Lebih kurang begini bunyinya… “Azam, if youlah kena buat karangan bertajuk MY FAVOURITE PERSONALITY, you’ll wrote bout what?”

Saya pun yang sememangnya lam,mim,ba,ba dalam BI ni, berjaya juga menjawab begini… “An idol?” dan menambahkan tangisan Divya…

Rupanya, gadis ini salah faham soalan. Lalu, dia buat tentang ‘HER FAVOURITE PERSONALITY’ yang ada padanya. Contoh: suka membaca, rajin, etcetra… Tentulah salah. Dia dapat 15/50 saja untuk karangan itu. Lebih duka, bila Ckg Rose cakap, kalau dia yang semak, dia bagi 5/50 saja.

Tujuan saya masukkan cerita ni, bukannya untuk memalukan Divya. Tapi, untuk memalukan kita semua. Ya, kita semua termasuk diri saya. Kalau kita dapat markah rendah dalam exam, pernah kita Tanya pada guru, apa silap kita dan bagaimana dan perbaiki kesilapan ? Ada kita kesal dengan kelemahan kita dan bermohazamrezali untuk tidak melakukannya lagi ? Ada kita menangis dengan kebodohan kita dan berusaha untuk menjadi lebih pandai ?

Hapuskanlah airmatamu Divyaku…(cewah…fiwit…fiwit…) Kami semua akan belajar dengan apa yang kamu pelajari hari itu. Saya sendiri, sejak sekolah, buat diploma, buat degree, pun tak pernah jumpa cikgu atau lecture, bertanya kenapa saya susah sangat nak dapat ‘A’ untuk sesetengah subjek, khususnya subjek yang skima. Kenapa saya tak pernah risau atau ulang semula buat assignment yang markahnya rendah, sedangkan kawan-kawan lain sibuk mengampu lecture untuk mendapat markah yang baik.

Kenapa saya tak hingin bertanya kapada diri sendiri - bila nak dapat 4 flat ? (Woi… tapi saya tak bodoh sangat la… hyperthesis saya dapat A dan jadi rujukan budak2 UPSI sampai skrg. Praktikum saya pun dapat A- tau, sedangkan budak2 without any teaching experience macam saya, siap buat solat sunat syukur kalau dapat B+).

Tapi, saya tetap saya. Tak pernah mempersoal mengapa, bagaimana dan pehal lu ???? Yang saya tau, apa yang akan dan telah berlaku, akan tetap berlaku. Saya orang yang tak pernah merancang dan tak jarang mengikut perancangan walaupun segala perancangan telah disusun serapi-rapinya untuk saya sejak kecil (hi mom… dad… sorry bout all this things. I’m still ur boy, yah…).

Jadi semua, jangan jadi macam saya…. Divya contoh yang baik. (I’m ur fan babe….)

Monday, November 24, 2008

ME AND THEM…. US…

Ekoran daripada sms yang saya tukil pada entri lepas. Saya dan students memang tak boleh dipisahkan. Hello… pada dasarnya memanglah. Saya kan cikgu. Kalau tak ngam dengan students, nak ngam dgn sapa lagi. Macam doktor dengan pesakit, peniaga dengan pelanggan, etcetra…

Bila diimbas, sejak bila mulanya ? Hurm… waktu di UPSI, saya pernah jadi fasi untuk kem motivasi untuk pelajar sekolah menengah. Saya handle satu group. Ya, di situlah mulanya. Kemudian, satu lagi kem motivasi untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang sangat rendah keyakinan diri mereka. Kemudian, waktu praktikum, dengan budak2 form 4 yang saya ajar. Itu lagilah. Kelas yang mulanya tak berapa semenggah, kata guru2 sana. Kemudian, saya mampu bawa budak2 yang agak nakal itu perform pentomen Pasir Salak. Terkejut juga guru2 melihat wajah2 luar jangka yang saya bawa naik ke pentas. Dan bila saya tamat praktikum, macam2 kejutan yang saya terima. Waktu di SMK TIWA itulah baru saya tahu yang students dan guru bukan hanya ada hubungan P&P, tapi boleh juga ‘kasih-sayang’ sekiranya cikgu tersebut mengusahakannya (oh, man… rindunya saya dengan mereka).

Bila saya ke Tawau, saya cukup gembira sebab budak2 Tawau punya kepala yang sama dengan saya. Jadi, saya mula lepak dengan budak2 lower 6 time tu - Kasim, Asrudin, Mus, Tasya, Sherlinda, Mira, dan beberapa juga budak2 form 4. Tentulah cikgu2 lain pandang serong. Maka adalah juga yang kurang senang. Macam2 yang saya dengar. Tapi, siapalah saya nak betulkan persepsi orang. Budak2 ni paling suka bila kami hang out untuk tengok konsert dan camping. Kira2 kami ni penghuni rimba la. Raya pun dalam hutan. (Tak percaya ???) Cikgu Zul pun join gak budak2 tu. Tapi, tapuk2. Time camping saja. Saya rasa, dia tak sesanggup saya menghadapi kutukan orang. Atau pun, orang takut nak kutuk dia kot. Saya ingat, kutukan tu cuma sekadar kutukan. Rupanya, ada kesan negatif. Adalah juga beberapa hal yang terpaksa saya hadapi. Teater yang sepatutnya saya pentaskan tahun itu, mendapat tentangan hebat oleh orang yang mulanya cukup saya sanjung dan hormat. Lepas tu, sorry la saya nak sanjung dia lagi. Hormat pun, sikit2 jer sebab dia lebih senior. Tikam orang dari belakang, ha…. Tapi, lepas dorang habis belajar, kami usahakan juga teater 'Topeng' yang terbengkalai tu.

So, saya serik nak bergaul dengan budak sekolah. Saya hang-out dengan budak2 Batu 2 – Agus, Aswar, Surip, Nordin, Zai… pun ada jugak yang kurang senang. Ada la hamba Allah yang prihatin dan sayang kat teman seperjuangnya, datang dan menasihati saya agar jangan bergaul dengan budak2 sembarangan dan tak tentu arah. Ya Allah, dorang ok, lah. Apa pulak tak tentu arahnya. Mereka lebih tahu menilai apa itu persahabatan.
Tiba-tiba, ada pula budak sekolah dating jumpa saya dan beritahu saya yang dia dah mengandungkan anak orang. Waktu ni saya mula sedar, yang saya kena mendampingi budak2 sebegini. Buktinya, dia memilih saya untuk membantu dia. Bukan ratusan guru2 lain. Bukan kaunselor yang tinggi ilmu psikologinya. Tapi, saya. Saya cuba membantunya dengan cara saya. Percayalah, saya tidak pernah lupakan agama saya. Lepas itu, macam2 lagi budak yang saya jumpa. Siapa tahu, ada remaja kita yang betul2 bermasalah dan perlukan seseorang untuk setidaknya mendengar apa yang mereka hendak kata.

Ada yang sanggup panggil bapanya dengan panggilan ‘anjing’ (Nauuzubillah…), ada yang pilih rumah saya untuk lari dari rumah, ada yang free sex dan dah jadikan teman wanitanya macam isteri sendiri, ada juga gadis yang dah la terlanjur dengan balaknya, dijadikan hamba sex oleh geng2 balaknya pulak. Dan macam2lah lagi. Yang nak bunuh diri, yang nak bunuh orang, yang nak bunuh macam2lah. Siapa yang tahu semua tu ? Cikgu mana yang settlekan ? Kaunselor mana yang failkan kes ni ? Sebab itulah saya fikir, saya perlu ada bersama mereka. Saya ada cara saya sendiri. Saya memang tidak akan berkhutbah atau membebel memarahi mereka (biarpun saya pernah tertampar muka sorang budak yang bila saya tanya samaada dia masih suci, dia jawab “Sorry la cikgu. Saya dah dua kali projek…”)

Tahun kedua saya di Tawau, saya ditukar ke sidang petang. Pun saya tidak putus-putus didampingi pelajar. Kasmin, Herman, Bilal, etcetra... Kami suka lepak kat Tanjung Batu tepi laut (kat Kilang Papan Korea tu) dan selalu jugak lepak Kg Pukat. Best ar... kali ni saya ada jip merah yang sangat cool giler. Bebas sangat rasanya bila bersiar2 dgn jip tanpa bumbung ni. Rasa hebat sangat. Malangnya, tak lama sebab jip ni tak memenuhi spesifikasi Puspakom. Enjinnya saya tukar kepada turbo-diesel. Nak daftar semula di Puspakom, tak lepas pulak. Jadi, langkah terbaik, jual jak. Bagusnya, lepas jual terus pemilik baru jip tu kena tahan dengan JPJ. Luckly, dia dah bagi cek bayaran kat saya. So, itu bukan hal saya... Untuk budak2 tu jugak, saya sanggup sewakan sebuah rumah kecil di Tanjung Batu sebab budak2 tu nak study untuk STPM. Tak ada tempat. Pun, cuma sebulan sebab ada juga yang banyak bunyi kata macam-macam. Yang best, ramai yang nak sangat tunggu result STPM budak2 tu sebab nak salahkan saya. Walhal, budak2 tu pun, cuma budak yang sederhana. Tapi, Tuhan bersama saya. Meletup jugalah result budak2 tu. Eh, kenapa pulak senyap yang nak serang saya bila time keluar result tu ya ? Penat saya tunggu di bilik guru...

Tahun berikutnya, saya berbaik dengan grup yang lebih besar. Alif, Fazir, Najib, Jun, Suhana, Andy, etcetra... Sebabnya, saya guru kebudayaan dan diminta pegang majalah sekolah alias ketua editor. So, budak2 ni la yang banyak bantu saya. Nak jadi cerita, saya ditarik ke sidang pagi semula. Mulanya saya enggan sebab dah patah hati alias terkilan. Tapi, saya ni seorang yang optimis. (Sebab tu saya kata air dalam gelas tu separuh penuh, bukan separuh kosong...) Tup-tup, jadi pula guru kelas dorang. Makin menjadi-jadilah kasih sayang sesama kami...

Kalau nak diikutkan, grup yang ini lebih baik sikit dari yang sebelum-sebelum ni. Kalau nak dikategorikan, grup ni saya gelarkan PERFORMER. Grup budak yang mula2 dulu - CAMPING, Grup Batu 2 dalam kategori NASTY dan grup Herman & the gang tu - HANG OUT.

Saya cukup risaukan pelajar-pelajar saya. Semua pelajar saya. Sebab itulah dua tahun lepas bila saya di Kudat dan waktu itu pula sambutan Hari Merdeka, saya sms students saya… ‘HUBUNGAN SEKS TANPA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB, SAMA JUGA DENGAN KEJAHATAN. JAUHI SEKS SEBELUM NIKAH’. Dan ramailah juga yang sentap.

Tapi, saya cukup gembira melihat ‘budak jahat’ yang dibenci, sudah mula pandai hormat dengan guru-guru kerana guru-guru itu adalah kawan saya. Sebab itulah juga saya sanggup menangis teresak-esak tanpa segan silu dan berpeluk-pelukan dengan mereka waktu habis sembahyang sunat hajat untuk SPM/STPM dan waktu mohon restu.
Dan time pementasan teater Topeng di auditorium Tawau kekal menjadi kenangan indah dalam hidup saya. Saya boleh mengumpulkan semua yang saya saya dalam sebuah pementasan sebagai pelakon, krew, dan penonton.

Akhirnya, bila ramai yang dah nampak peranan saya dalam institusi ini, ada jugalah yang dengan segan silu, meminta maaf kerana dulu pandang buruk pada saya. Ada juga yang kononnya asyik teringat saya depan Kaabah. Ada juga yang tidak sanggup meminta maaf, tetapi mula berbaik dengan saya dan berhenti mengutuk saya.

Tahun ni, saya macam mendapat restu sangat dari semua. Tahun ni saya rapat dengan budak2 4 Amanah di mana saya sebagai guru kelas mereka. Unik, bukan? Apanya yang unik. Pertama, waktu memula masuk ke SMK Tawau pada 2003, saya guru kelas 4 Amanah juga. Budak science ni, ada yang skima sikit. Tapi, tahun ni, semua budak 4 Amanah, memang kepala best. Huru-hara macam cikgunya dan ustazahnya jugak... (Assalamualaikum Ustazah Rogayah...) Saya selalu lepak dengan Epan, Azm dan, Wong, Keril (pah paloh weh...), Baba, Nain, etcetra...(Eh, Sharon pun ada ?) Kami ke hulu-ke hilir dengan Bumble B saya tu. Harap-harap, ada nilai yang mereka dapat dari saya selain persahabat itu sendiri.

Saya memang bukan manusia yang sempurna. Saya juga ada sifat yang agak hedonisme tapi minimum. Saya tidak suka tekanan, saya mahu enjoy kerja saya. Kalau saya tak enjoy, saya sanggup berhenti sebab saya tidak suka buat sesuatu kerna terpaksa dan duit semata-mata. Dan janganlah risau, saya juga bukan orang jahat. InsyaAllah…

SEORANG MOH AZAM REZALI


Saya adalah saya, yang dahulunya saya, dan akan terus saya yang terkemudian. Tidak ada siapa yang dapat mengubah saya untuk tidak menjadi saya, dan saya pun tidak akan mengubah saya untuk sesiapa. Jadi, inilah saya seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan. Ini saya yang saya suka, yang saya cinta, dan saya kasih selamanya. Yang tiada pada saya akan tetap tiada, dan yang saya miliki, akan tetap bersama saya.

Ramai orang seolah lupa, hidup ini cumalah sementara untuk kehidupan yang abadi. Namanya pun sementara. Jadi, tak perlulah kita terlalu berduka dengan apa yang kita tak dapat, apa yang kita terlepas, atau apa yang kita tak sempat capai. Jangan terlalu berduka walau ianya terlalu menyakitkan (waaaaa….gggghhhhhhh………!!!!!!) Jerit sekuat hati sekali. Atau kalau tak cukup, tambah beberapa kali lagi. Atau meraung sejam. Kalau tak cukup, sepanjang malam pun tak apa. Atau curi beberapa pinggan mak kamu yang dia beli di kedai RM2 dan pecahkan di dalam longkang belakang rumah kedai tempat kediaman kamu time tengah malam (jangan pecahkan Giacomo @ Arcopal dia kalau tak nak gegendang telinga kamu yang pecah). Atau kalau nak lagi best, guna idea kawan baik saya. Tumbuk dinding sekuat hati. Fuh… memang puas hati. Cuma pastikan, dinding tu adalah dinding papan atau playwood (dah tentu tak ada dinding sponge kan?). Kalau nak cuba dinding simen, pastikan jiran terdekat yang boleh membawa kamu ke klinik, masih belum tidur. Tapi, kawan saya tu pernah tumbuk tiang bola keranjang. Besi tu, dude… Puas agaknya hati dia. Tahla. Sebab setahu saya, itu kali pertama dan terakhir dia tumbuk besi.

Memang semua orang mahukan kehidupan yang bahagia ever after. Tapi ingat, hidup bukan pementasan bangsawan. Kehidupan bukan storyteller filem Cinderella, Snow White @ Malim Deman. Tak tahu apa kesudahan kita. Biarpun kita berhak mendapat apa yang digelar BAHAGIA.

Last 2 weeks, kisah Dealova (saya lebih memanggilnya tragedi, bukan kisah) berlaku dalam hidup saya. Entahlah. Siapa yang tahu, tahulah. Mungkin dia lebih tahu pada hari tersebut. Saya memang pandai berlakon (syukur dengan bakat yang dikurnia Ilahi). Memanglah hati saya rasa macam disiat-siat. Dah la disiat, diperah limau purut lagi. Tak cukup dengan tu, ditabur pula dengan serbuk kaca (marilah kitar semula demi mengurangkan global warming - iklan). Tapi, saya kelihatan cukup selamba. Cuma, saya tak mampu menentang matanya. Tapi alangkah celakanya apabila dia asyik memandang saya. Dan bila saya terlihat dia, saya Nampak, matanya berkaca (ah, mungkin dia mengantuk, atau matanya masuk habuk, atau dia kupas bawang sebelum naik pelamin….) Mungkin benar kebahagiaan itu memerlukan pengorbanan. Biarlah yang terkorban, hati saya. Biar dia bahagia. Saya memang mahu lihat dia bahagia. Bukankah cinta itu apabila kita bahagia melihat orang yang kita cintai bahagia ?

Lalu, hati yang tercedera parah itu, tidak saya hantar ke icu. Sebaliknya, saya serahkan kepada yang lebih arif memperbaikinya. Yang Maha Arif. Sesungguhnya, jika kita menyerahkan hati kita kepada seseorang, dia akan menghancurkannya. Tetapi, jika hati yang hancur itu kita serahkan kepada Tuhan, Dia pasti akan merawatnya hangga sembuh.

(PERHATIAN… ENTRI INI AGAK POYO SIFATNYA. ENTRI INI DIKATEGORIKAN DALAM KELOMPOK 18 PY)

Sejak zaman sekolah rendah (darjah 6), sekolah menengah (ting 1, 4, dan 5), masa tunggu result SPM, diploma (tahun 2), dan ijazah (tahun 2 jugak), hati saya dah banyak kali dicederakan, di samping mencederakan hati orang. Ada insan yang pernah saya sayang, sangat suka, meninggalkan saya, dan ada juga yang saya tinggalkan. Akhirnya, dalam saya asyik bercerita, saya pun menjadi semakin tua dan saya tetap saya yang dulu… (beginilah kisah datuk, cu…)

Kenapalah hidup saya ni complicated sangat ? Saya tengok orang lain, taklah sesukar ini. Jumpa-kenal-minat-cinta-kawin-jadi bapak. Apa susahnya ? Ibu saya : jumpa-kenal-cinta-kawin-beranak-beranak lagi-cerai-kawin lagi-beranak lagi-dan beranak lagi-dan setahun lagi nak retire-rehat-tah bila nak timang cucu. Ibu timang anak kucing sajalah buat sementara tu, ok. Peace…

Saya bukan seorang yang pemilih. Saya tidak pernah ada list ‘ciri-ciri bakal teman hidup cikgu Moh Azam Rezali’. Haizum, Rozita, Umi, Nora, Norlaili Afizan (I thought it was u, dear), Alwiza (hi Izi… I’m Azam…), Zizie (how’s the lecture ?), and I won’t mention the dealova name (selamat pengantin baru). Kesemua mereka hampir tiada persamaan. Apa yang saya tahu, bila kita jumpa, dan kita rasa dialah orang itu, maka dialah. Dan sampai sekarang nampaknya, perasaan yang saya rasa tu, belum tepat (werra you stupid cupid !!!).

Baca sms ini. Ditukil daripada salah satu sms dalam hp saya yang masih saya simpan. Bertarikh 11 November 2008, jam 4:12 pm. Saya tidak masukkan nama pengirim ini sebagai salah seorang nama wanita di atas sebab belum ada apa-apa terjadi antara saya dengan dia. Wowowoo… jangan pula ingat yang lain-lain tu pernah ada ‘terjadi’ apa-apa ya. Cuma yang terjadi pada hati dan perasaan. *sms ini telah dialih bahasa untuk lebih difahami (saya tidak mengubah maksud langsung)

‘saya dah lama nak beritahu ini tapi takut dikata campur tangan hal orang lain. Mungkin itu cara awak dekati budak. Tapi saya tak suka sangat. Jadi macam mana kita nak tinggal bersama ? Hala hidup kita berbeza. Awak ke hulu, saya ke hilir.’

Saya malas la nak komen lebih. Cuma, saya sebagaimana ditulis di awal entri tadi… - Saya adalah saya, yang dahulunya saya, dan akan terus saya yang terkemudian. Tidak ada siapa yang dapat mengubah saya untuk tidak menjadi saya, dan saya pun tidak akan mengubah saya untuk sesiapa. Jadi, inilah saya seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan. Ini saya yang saya suka, yang saya cinta, dan saya kasih selamanya. Yang tiada pada saya akan tetap tiada, dan yang saya miliki, akan tetap bersama saya.
Ibu, timang cucu angkat ibu mahu tak ???