Tahun lalu, saya bercuti hujung tahun tanpa pulang ke Setapak. Saya menjemput teman-teman dari Semenanjung melawat tanah yang saya cintai iaitu Borneo khususnya Sabah. Kami travel dari Tawau ke Kudat dengan Avanza Cikgu Nazarul yang mengajar di SMK Balung. Lunyai jugalah Avanza tu kami lanyak. Waktu pulangkan, siap dengan bau ikan segala lagi.
Tahun sebelumnya, saya ke Indonesia dengan Mazlan dan Zamani. Saya sempat punya teman-teman di sana. Dan tentunya saya cukup menyenangi Mbak Kiki dan Mas Rinto. Bagai janji saya kepada mereka, kini saya kembali, InsyaAllah. Tahun ini saya merancang trip ke Bandung dan Yogya. Tahun 2006 lalu, saya ke Jakarta-Yogya-Bali selama 10 hari. Mungkin gambar-gambar ini sudah agak basi (zaman masih rambut belah pantat - kata orang Tawau). Namun, saya ingin menyimpannya dalam blog ini. Percutian yang sangat perlu saya ingati...
JAKARTA
depan Monumen Nasional Indonesia (MONAS). Atasnya, yang jadi api obor tu, dibuat daripada emas hasil pampasan daripada kerajaan Jepun (rujuk buku sejarah)
jumpa lak dengan budak2 Bugis kat MONAS tengah nongkrong. Saya syak dorang Bugis sebab salah sorang bernama 'Acok'. Standart la, nama Bugis. Macam 'Ujang' untuk Nogori. Sempat gak saya promote Tawau yang majoriti Bugis kat dorang. Tapi, yang baju hitam tanpa lengan kat depan tu bukan Bugis. Siamis boleh jadi. Itu la Mazlan. Pure Kelantan (Kelate Bulih....)
naik keretapi untuk ke destinasi berikutnya. Keretapi sana bukan calang-calang. Ada pramugari lagi. Makanan yang saya makan tu pun, percuma (dah masuk harga tambang yang tak la mahal pun).
ini antara pemandangan yang dapat dilihat dari atas keretapi. Cantik tak....??? (Ala-ala pertanyaan Eric Kasa Impian) Saya kesan yang orang Indonesia ni sangat rajin. Sangat. Mereka memanfaatkan setiap inci tanah. Kalau kita, batas sawah tu digunakan sebagai laluan pejalan kaki (kadang-kadang basikal dan motor juga). Tapi mereka tetap tanam sesuatu kat batas tu. Contohnya, bawang. Rajin, kan...
YOGYAKARTA
stesen keretapi Yogya. 1st Impression memang menakjubkan. Yogya sangat bersih. Tak macam Jakarta yang berdebu, panas, sesak dan macet. Bayangkan, makcik jual paper pun boleh menjual sambil baring-baring. Dan percayalah, saya juga sanggup baring di kaki lima Yogya. Memang waktu malam, ramai orang tidur di kaki lima. Tapi tak nampak kotor, tak nam pak selekeh dan paling penting, langsung tak merisaukan dan menakutkan kita. Saya gelarkan Yogya - daerah bahagia. Mana taknya, kita boleh ketawa, bercakap, bercanda dan ketawa kuat-kuat tanpa sesiapapun peduli atau menghiraukan kita.
makan time...Kami memilih makan secara lesehan (bersila) di gerai tepi jalan yang masakannya sangat sedap (beras sangat enak dan harum) dan murah. Sambil makan, akan ada pengamen yang datang menyumbang bakat tanpa paksaan untuk membayar. Tapi, saya perhatikan mereka tidak pernah dihalau daripada membuat persembahan dan walau semiskin mana pun orang yang melihat, saya perhatikan, pasti semua menghulur sumbangan. Nampaknya, mereka sangat menghargai seniman yang bukan calang-calang bakatnya. Kalau di Msia, agaknya dah buat album. Oh, ya... Sheila On 7 juga asalnya pengamen macam mereka.
saya bukanlah peminat bakso. Tapi, bakso di sini sangat sedap. Tak pasti nama tempatnya. Di sini ramai sangat anak-anak gaul nongkrong di waktu malam. Dekat dengan tempat makan ni, ada dua batang pokok yang kira-kira 2 1/2 depa jaraknya. Kalau kita mampu melalui antara kedua batang pokok ini dengan menutup mata, kata orang di sini, hajat kita akan tertunai. Mazlan cuba melaluinya malam itu, tapi tak berjaya. Saya pula, tak berani. Mana tau, buka-buka mata nanti, berada di alam lain pulak. Tak ke naya... Tapi kalau bercuti ke sini lagi nanti, saya yakin sudah punya cukup keberanian untuk melalui pohon itu.
candi Borobudur adalah antara tarikan kuat saya ke Yogya. Satu daripada 7 perkara ajaib di dunia, kan... Candi ni waktu zaman Yogya dikuasai pengaruh Hindu. Ianya dijumpai semula oleh Bulle (orang putih) di mana candi-candi (patung) dalam sangkar tu hampir kesemuanya telah dipancung kepala oleh orang-orang Islam yang tahu akan haramnya menyembah berhala. Apa yang menakjubkan, waktu kami berkunjung ke sini, Yogya baru saja dilanda gempa bumi dan banyak juga kemusnahan yang sedang diperbaiki. Namun, agak menakjubkan apabila binaan candi Borobudur ini, jangankan runtuh atau merekah, sedikit retakan pun tiada. Cuma agak kurang selesa apabila terlalu ramai penjual cenderamata yang mengekori menawarkan barangan.
candi Prambanan rosak teruk juga bahana gempa bumi. Pembinaan semula sedang dibuat dan belum siap sepenuhnya. Candi Prambanan ini pula hasil bertapaknya agama Budha di bumi Yogya dulu. Kata orang, kalau kita menemui seorang gadis menemui seseorang yang kemudian dicintainya di candi ini, dia akan jadi ANDALUSIA (anak dara lanjut usia). Ada mitosnya pembinaan candi ini. Menurut pengkisahan, zaman dulu, ada seorang putera yang menyintai dan ingin mengahwini ibunya sendiri (choi....). Lalu, ibunya meletakkan syarat, jika anaknya itu dapat mendirikan 1000 candi dalam satu malam, maka ibunya akan akur. Malamnya, putera tersebut telah meminta bantuan geng-gengnya iaitu jin-jin untuk membantunya mendirikan candi. Jin-jin yang hanya boleh duty waktu malam itu pun, membantu. Ibunya terkejut melihat candi-candi yang hampir siap. Oleh itu, ibunya membakar api besar dan membuat bunyi-bunyian supaya suasana jadi terang dan bising agar jin-jin tu ingat, hari dah siang lalu melarikan diri. Setelah betul-betul siang, apabila dikira, hanya 999 candi yang dapat disiapkan. Lalu ibunya memohon kepada dewa apa tah, untuk menjadi candi yang ke-1000.
jangan tak tahu, ini bukan calang-calang kereta kuda kerana ini adalah kereta kuda diraja. Waktu ni, saya berada di dalam keraton. Yogya masih mengamalkan pemerintahan keraton. Yang bestnya, keraton di sini boleh masuk. Ada banyak kereta kuda diraja dipamerkan. Kedudukan raja di sini masih sakral. Kereta kuda juga masih menjadi kenderaan utama penduduk di Yogya. Selain bandar diraja, Yogya juga dikenali sebagai bandar kesenian pentas. Jalan Malioboro misalnya, saya sempat menonton persembahan teater, gamelan Jawa, dan orkestra secara tidak formal. Dan yang mempersembahkannya adalah budak2 yang juga bukan dalam keadaan formal. Kraftangan juga, banyak sekali. Saya sempat membeli kuda kepang di sana.
BALI
feri ini untuk ke Pulau Bali. Ambil di Banyu Wangi. Sejarah Banyu Wangi (banyu bermaksud air) adalah pada zaman dolu2, ada seorang perempuan yang sangat baik giler. Ppuan ini terjatuh ke dalam parit dan air parit itu kemudiannya menjadi tersangat la wanginya. Apa yang saya suka sangat tendang Bali adalah kerana masyarakat Hindunya yang sangat berpegang kuat dengan agama dan jujur pulak tu. Sangat jujur. Tempat-tempat lain, malas la nak komen...
perhatian... saya tidak tinggal di hotel ini. Tak sanggup... Mahal... Tapi, apa yang membanggakan, saya difahamkan yang Hotel Hard Rock ini milik seorang rakyat Msia. Wah... Ini di Pantai Kuter yang terkenal tu. Dekat2 sini la disko yang ada peristiwa 'bom Bali' tu... Ada juga kawan-kawan yang suruh saya berjaga-jaga ekoran tragedi itu. Hey, nak mati, kat mana2 pun boleh. Itu kan penyebab saja. Lagipun, saya tak masuk disko...
sunset di Pantai Kuter. Cantik sangat. Pantai ini juga terkenal dengan 'sotong kering' dan 'ikan masin' berkulit putih-gebu yang selalu bersidai di tepi pantai. Malam, saya jalan-jalan juga di siring pantai. Yelah, kata orang, omputeh suka mandi bogel di situ. Tapi, agak malang tak jumpa pula. Omputeh sekarang pun dah pandai malu agaknya. Cuma kalau nak tengok sangat, baik ke sumur. Orang2 Bali suka mandi bogel kata orang. Tapi, sumpah saya tak pergi sekodeng....
ni lepas menonton persembahan Barongan. Bali terkenal dengan keseniannya. Barongan adalah nama watak yang pakai topeng berat di tengah itulah. Barongan tu nama raksasa jahat dalam teater tradisional tu. Malaysia pun ada juga Barongan kat Perlis. Tapi, dah nak pupus dah. Kat Bali, kesenian cukup subur dan diwarisi turun-temurun.
restoran yang menyajikan makanan tradisi Bali ini agak kurang memenuhi selera saya. Bali bukanlah tempat mencari makanan-makanan enak (bagi saya, lah). Atau mungkin kerana selera saya sudah tertutup sedari awal melihat banyaknya gerai-gerai yang menjual menu istimewa 'Babi Guling'. Malah, kerana teringatkan bakso di Yogya, saya hampir termakan bakso babi di Bali. Mujur saya bertanya...
tempat yang indah ini bernama Tanah Lot. Ada banyak pura (rumah ibadat) di sini. Melihat mereka beribadat, membuatkan saya kagum dan malu pada diri sendiri. Saya dan agama saya mungkin tidak sepatuh mereka dan agama mereka. Setiap pagi, mereka patuh meletakkan sajen (sejenis sembahan bunga-bungaan) di siring jalan. Malah, mereka cukup menyenangkan.
saya lupa nama tempat ini. Namun ianya di tanah tinggi yang dingin. Lihat mereka beribadat. Untungnya, kebetulan kami ke sana waktu Pesta Kuningan. Ala, macam Hari Raya la kalau kita. Namun, kata mereka, Pesta Kuningan untuk tahun ini agak istimewa, di mana mereka menyambutnya setiap 50 tahun.
masih di pura yang sama, penglibatan anak muda dalam aktiviti keagamaan dan sembahan, amat mengkagumkan saya. Lihat anak-anak muda menjadi nadi utama bermain gamelan mengiringi upacara sembahan.
binaan di belakang saya itu terdapat di dada rupiah yang saya lupa nilainya.
panggung ini baru saja menyajikan tarian kecak buat kami. Tarian yang mulanya sebagai upacara sembahan memanggil hujan pada satu musim kemarau itu telah dimurnikan dan dikomersilkan dengan menjadikannya teater tradisional dan teater bersama tarian kecak yang dipertontonkan kepada kami adalah daripada epik Hindu Ramayana.
Tak sabar nak ke Bandung pula hujung tahun ini.....
1 comment:
assalamualaikum cgu..
cgu knal sya ke?
hehe..kan cgu pnah jad gru bm kami msa form 2 sekejap..hehehe
wauu holiday cgu best erk..
pergi indonesia..
cgu..bes gile la blog cgu ni..
enjoy sya mmbacanya..
Post a Comment