Monday, November 24, 2008

SEORANG MOH AZAM REZALI


Saya adalah saya, yang dahulunya saya, dan akan terus saya yang terkemudian. Tidak ada siapa yang dapat mengubah saya untuk tidak menjadi saya, dan saya pun tidak akan mengubah saya untuk sesiapa. Jadi, inilah saya seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan. Ini saya yang saya suka, yang saya cinta, dan saya kasih selamanya. Yang tiada pada saya akan tetap tiada, dan yang saya miliki, akan tetap bersama saya.

Ramai orang seolah lupa, hidup ini cumalah sementara untuk kehidupan yang abadi. Namanya pun sementara. Jadi, tak perlulah kita terlalu berduka dengan apa yang kita tak dapat, apa yang kita terlepas, atau apa yang kita tak sempat capai. Jangan terlalu berduka walau ianya terlalu menyakitkan (waaaaa….gggghhhhhhh………!!!!!!) Jerit sekuat hati sekali. Atau kalau tak cukup, tambah beberapa kali lagi. Atau meraung sejam. Kalau tak cukup, sepanjang malam pun tak apa. Atau curi beberapa pinggan mak kamu yang dia beli di kedai RM2 dan pecahkan di dalam longkang belakang rumah kedai tempat kediaman kamu time tengah malam (jangan pecahkan Giacomo @ Arcopal dia kalau tak nak gegendang telinga kamu yang pecah). Atau kalau nak lagi best, guna idea kawan baik saya. Tumbuk dinding sekuat hati. Fuh… memang puas hati. Cuma pastikan, dinding tu adalah dinding papan atau playwood (dah tentu tak ada dinding sponge kan?). Kalau nak cuba dinding simen, pastikan jiran terdekat yang boleh membawa kamu ke klinik, masih belum tidur. Tapi, kawan saya tu pernah tumbuk tiang bola keranjang. Besi tu, dude… Puas agaknya hati dia. Tahla. Sebab setahu saya, itu kali pertama dan terakhir dia tumbuk besi.

Memang semua orang mahukan kehidupan yang bahagia ever after. Tapi ingat, hidup bukan pementasan bangsawan. Kehidupan bukan storyteller filem Cinderella, Snow White @ Malim Deman. Tak tahu apa kesudahan kita. Biarpun kita berhak mendapat apa yang digelar BAHAGIA.

Last 2 weeks, kisah Dealova (saya lebih memanggilnya tragedi, bukan kisah) berlaku dalam hidup saya. Entahlah. Siapa yang tahu, tahulah. Mungkin dia lebih tahu pada hari tersebut. Saya memang pandai berlakon (syukur dengan bakat yang dikurnia Ilahi). Memanglah hati saya rasa macam disiat-siat. Dah la disiat, diperah limau purut lagi. Tak cukup dengan tu, ditabur pula dengan serbuk kaca (marilah kitar semula demi mengurangkan global warming - iklan). Tapi, saya kelihatan cukup selamba. Cuma, saya tak mampu menentang matanya. Tapi alangkah celakanya apabila dia asyik memandang saya. Dan bila saya terlihat dia, saya Nampak, matanya berkaca (ah, mungkin dia mengantuk, atau matanya masuk habuk, atau dia kupas bawang sebelum naik pelamin….) Mungkin benar kebahagiaan itu memerlukan pengorbanan. Biarlah yang terkorban, hati saya. Biar dia bahagia. Saya memang mahu lihat dia bahagia. Bukankah cinta itu apabila kita bahagia melihat orang yang kita cintai bahagia ?

Lalu, hati yang tercedera parah itu, tidak saya hantar ke icu. Sebaliknya, saya serahkan kepada yang lebih arif memperbaikinya. Yang Maha Arif. Sesungguhnya, jika kita menyerahkan hati kita kepada seseorang, dia akan menghancurkannya. Tetapi, jika hati yang hancur itu kita serahkan kepada Tuhan, Dia pasti akan merawatnya hangga sembuh.

(PERHATIAN… ENTRI INI AGAK POYO SIFATNYA. ENTRI INI DIKATEGORIKAN DALAM KELOMPOK 18 PY)

Sejak zaman sekolah rendah (darjah 6), sekolah menengah (ting 1, 4, dan 5), masa tunggu result SPM, diploma (tahun 2), dan ijazah (tahun 2 jugak), hati saya dah banyak kali dicederakan, di samping mencederakan hati orang. Ada insan yang pernah saya sayang, sangat suka, meninggalkan saya, dan ada juga yang saya tinggalkan. Akhirnya, dalam saya asyik bercerita, saya pun menjadi semakin tua dan saya tetap saya yang dulu… (beginilah kisah datuk, cu…)

Kenapalah hidup saya ni complicated sangat ? Saya tengok orang lain, taklah sesukar ini. Jumpa-kenal-minat-cinta-kawin-jadi bapak. Apa susahnya ? Ibu saya : jumpa-kenal-cinta-kawin-beranak-beranak lagi-cerai-kawin lagi-beranak lagi-dan beranak lagi-dan setahun lagi nak retire-rehat-tah bila nak timang cucu. Ibu timang anak kucing sajalah buat sementara tu, ok. Peace…

Saya bukan seorang yang pemilih. Saya tidak pernah ada list ‘ciri-ciri bakal teman hidup cikgu Moh Azam Rezali’. Haizum, Rozita, Umi, Nora, Norlaili Afizan (I thought it was u, dear), Alwiza (hi Izi… I’m Azam…), Zizie (how’s the lecture ?), and I won’t mention the dealova name (selamat pengantin baru). Kesemua mereka hampir tiada persamaan. Apa yang saya tahu, bila kita jumpa, dan kita rasa dialah orang itu, maka dialah. Dan sampai sekarang nampaknya, perasaan yang saya rasa tu, belum tepat (werra you stupid cupid !!!).

Baca sms ini. Ditukil daripada salah satu sms dalam hp saya yang masih saya simpan. Bertarikh 11 November 2008, jam 4:12 pm. Saya tidak masukkan nama pengirim ini sebagai salah seorang nama wanita di atas sebab belum ada apa-apa terjadi antara saya dengan dia. Wowowoo… jangan pula ingat yang lain-lain tu pernah ada ‘terjadi’ apa-apa ya. Cuma yang terjadi pada hati dan perasaan. *sms ini telah dialih bahasa untuk lebih difahami (saya tidak mengubah maksud langsung)

‘saya dah lama nak beritahu ini tapi takut dikata campur tangan hal orang lain. Mungkin itu cara awak dekati budak. Tapi saya tak suka sangat. Jadi macam mana kita nak tinggal bersama ? Hala hidup kita berbeza. Awak ke hulu, saya ke hilir.’

Saya malas la nak komen lebih. Cuma, saya sebagaimana ditulis di awal entri tadi… - Saya adalah saya, yang dahulunya saya, dan akan terus saya yang terkemudian. Tidak ada siapa yang dapat mengubah saya untuk tidak menjadi saya, dan saya pun tidak akan mengubah saya untuk sesiapa. Jadi, inilah saya seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan. Ini saya yang saya suka, yang saya cinta, dan saya kasih selamanya. Yang tiada pada saya akan tetap tiada, dan yang saya miliki, akan tetap bersama saya.
Ibu, timang cucu angkat ibu mahu tak ???

No comments: