1] Sebelum puasa iaitu malam 31 Ogos lalu, saya dapat tempat ke-2 pertandingan lagu patriotik Radio Malaysia Tawau (RMT) dan dapat persembahan terbaik lagi. Apa yang best bukanlah kemenangan itu. Tapi persembahan malam tu. Tapi beberapa perkara yang terdapat dalam persembahan tu;
i) Sebab buat kat pentas terbuka di dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Kiranya kalau kat Tawau ni, dataran MPT ni adalah tempat berkumpulnya warga Tawau yang hendak membawa keluarga untuk countdown 31 Ogos dan tahun baru. Kalau kat KL tu, macam kat kat Dataran Merdeka la lebih kurang. Memang dah lama saya teringin nak perform kat situ. Ala-ala malam tu saya buat pentas tu macam pentas mak bapak saya ler. (dasar jantan keberet la lu bai…)Memang tak ingat dunia la saya malam tu. Saya suka sangat perform kat open-air macam tu. Sebelum ni kalau kat Tawau ni, saya pernah perform kat auditorium library (Pertandingan Dwi-Pilihan RMT, dapat no 3) dan teater Topeng. Kat Dewan Masyarakat Tawau pun selalu gak (Konsert Merdeka PPG Tawau dan mengacarakan beberapa siri Pertandingan Battle of The Dance) (poyo la lu ni bai…)
ii) Sebab dapat nyanyi lagu yang paling saya minat kat dalam dunia ni iaitu Mentera Semerah Padi. Saya suka sangat lagi tu tak kira apa versi sekalipun. Versi asal+video klip M.Nasir yang bersilat bagai tu, versi sifu duet dengan Tam, dan versi Mawi. Dah banyak kali juga saya nyanyi lagu tu. So, dah jadi makanan saya. Saya pernah menyanyikan lagu tu waktu Saringan Sinaran Pertiwi TV3 (2002), masa Konsert Merdeka PPG Tawau (2005 kalau tak silap), masa Pertandingan Akhir Dwi-Pilihan RMT (2008) dan sekarang pun lagu ni jugak. Dirgarhayu M. Nasir……
iii) Saya juga dapat selitkan elemen theaterical dalam persembahan dengan mengangkut bebudak 4A (saya guru kelas mereka) iaitu Wong Vui Cheung, Azman, Aifan dan tak lupa budak pantun saya, Azlan (yang puasa sunat time tu. Tapi tak tau la kalau2 puasa ganti. Heheheee…Hai, Lan…). Azlan tu memang la dah biasa naik stage. Tapi bebudak 3 orang tu yang saya nak biasakan. Yelah, anak2 saya yang dulu bukannya sudi nak naik pentas dengan saya lagi…sot…sot…sot…. Budak2 tu bukan setakat sebagai back-up singer. Tapi turut saya dera berlakon lengkap berpakaian tradisional merah (mentang-mentang lagu Semerah Pagi, perlu la pakai baju merah…klise…)dengan berlembing, berkeris bagai. Kena berlakon lagi.
iv) Nyanyi dengan live band….yeeehaaa… tu yang saya tunggu-tunggu. Sebelum ni time orang kawin jer dapat nyanyi dengan live band. Kalau tidak, jangan nak mimpi la. Banyak keghairahannya menyanyi dengan live band berbanding karaoke. Pukulan dram betul-betul rasa memukul tenaga dalaman saya. Gorengan gitar yang memang best giler macam goreng ayam KFC (asyik ingat makan, patot pun kembang. Relevan ke, bunyi gitar pun nak kait dengan makanan ?)dan tentunya bunyi gitar bass yang menjentik2 rasa.
v) Dapat nyanyi dua kali. Sekali waktu bertanding, dan sekali lagi lepas diumumkan result. Yang penting, persembahan kedua tu adalah request daripada bebudak band tu. So guyz, bila kita nak masuk studio buat album ala-ala Sheila on Seven versi montok ?
vi) Ini kali kedua saya melaungkan Merdeka !!!! Dari atas pentas, Kali pertama waktu Konsert Ambang Merdeka di UPSI dulu. Waktu tu saya nyanyi lagu Samrah Mentari. Berbeza rasanya melaungkan Merdeka !!!!!! Dari atas pentas. Lebih menusuk dan terbungkam syahdunya.
2] Puasa jatuh pada 01hb September. Bukan apa, jarang sangat dapat selari begini. 01 September, 01 Ramadhan… Senang la nak ingat berapa hari dah puasa, Berapa hari lagi nak raya etc… Dah tu, jatuh pulak pada hari Isnin, permulaan hari. Cuti pulak time tu sebab ganti cuti Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Ahad. Sempat pulak ke masjid walaupun solat terawih sebelum tarikh puasa diumumkan. Yelah, Tawau ni
3] Pada hari ketiga puasa, berlakunya gerhana matahari. Cantik sangat. Macam mata yang bulat kat atas awan.
4] Sebenarnya, waktu ni juga saya baru declair dapat teman baru. Mulanya begini, laptop Toshiba saya yang lari setting gara-gara bebudak asyik main game jer memanjang dan tak dapat pula disettlekan oleh Ahya (adik angkat saya – IT UPSI), telah saya bawa ke kilang
5] Dekat2 nak raya, ada cikgu2 bercerita tentang budaya budak2 Tawau yang kurang dari segi memberi kad raya atau hadiah time Hari Guru. Berbeza dengan budak2 daerah lain. Saya pun mulanya join jugak la sesi ala2 menganyam ketupat tu. Tapi, bila time masuk kelas, ada kejutan untuk saya. Jeng-jeng-jeng… Bila saya masuk kelas 4A, tetiba semua senyap macam kena tampar malaikat. Saya pun curiga la. Yelah, sebelum ni, kalau saya masuk saja mesti macam kapal karam. Bising nak rak sampai beberapa kali Ckg Yab (Pen Kanan 1) geleng kepala. Saya pun serba salah. Terfikir jugak. Dorang ni baru lepas kena marah ke mende? Tapi, bila saya angkat jer borang semak kelas, rupanya ada kad raya sebesar alam kat situ. Semua bebudak tepuk tangan dan suruh saya baca. Handmade yang cukup kemas dan menarik. 4 muka kad raya. Semua student bekerjasama buat kad tu. Saya baca sikit-sikit jer. Nak meleleh jugak air mata sebenarnya. Tapi saya tahan2 jugak. Maintain cool la konon.
ini la kad yang mengambil masa 45 minit untuk dibaca
memang kelakau giler sampai nak putus urat kentut
Nain paling banyak kena kutuk dalam ni. korang minta maaf balik,,,
6] Ahad, 28 Sept, lepas saya hantar Zamani (housemate) ke airport untuk balik raya, (waaaaa…. saya kini betul2 perantau sebatang kara…) saya pergi beli gelang magnet, ambik Alif & Fazir, then pergi berurut dgn Mas Yono. Jam
7] Malam raya, berkali2 saya hubungi abg Rizal. Tak pernah dapat. Bukan apa, dia janji nak beraya sama saya. Yelah, kamikan sama-sama perantau. Sudahnya, raya ketiga baru dia sms saya setelah berpuluh kali saya cuba call dan sms dia. Sedih juga la, tapi nak buat macam mana. Saya tak kesunyian. Malam raya, Romie dan Richard datang temankan saya. Tak apalah walau dorang tak bermalam. Saya sempat masak sphagetti untuk sapa2 yang nak datang esok. Bestnya, Wong,
post istimewa dengan tema lepak kat tangga dgn Sharon (t-shirt hitam) dan Dullah (mamat songkok)
8] Raya ke-4, budak2 saya sewa bas untuk pergi beraya. Walau cuma 20 orang yang pergi (termasuk budak2 yang dah sambung belajar kat tempat lain – Asman, Hairi dan Yusuf), itupun dah cukup baik sebab kira lebih dari separuh kelas. Saya digelar Ketua Geng Bas Sekolah. Hehehee….
9] Setelah melangkah ke usia agak kertu ni, saya dah lupa macamana rasanya dapat duit raya. Yelah, asyik keluar duit raya sajakan… Tapi tahun ni, saya dapat duit raya. Heheheeee… sama dengan Geng2 Bas Sekolah yang lain. Malu juga mulanya. Tapi, teemer kacih cikgu Alina…hehehe…
* Tapi ada jugak yang tak best lepas raya ni. Sebabnya, yelah, saya ni
No comments:
Post a Comment