Tuesday, October 28, 2008

DIVYA MALA PUNYA CERITA...

Ada banyak sebab mengapa saya akan mEngingati Divya Mala a/p Shanmugan seumur hidup saya. Antaranya kerana tahun ini hanya dia yang layak diucapkan Deepavali Nal Vattekel (yelah, takkan nak ucapkan kat Fadhilah Samson lak, walaupun mata dia macam bintang Bollywood…) kerana Cikgu Baljeet berbangsa singh, bukan India. Cikgu Anne pulak Kristian. Agnes, saya kurang pasti pula sebab dia Cindia. Itulah uniknya Tawau. Sepi dengan kaum India…hehehee…


cuba teka yang mana satu Divya Mala. Eh, takkan la yang baju putih tu kot...

Divya budak calang-calang pelajar. Anak dara saya sorang ni pun bukan calang-calang bapanya. Mr. Shanmugan seorang yang berkelayakan sebagai doktor haiwan, tapi pernah memberi motivasi belajar tour Malaysia tetapi kini bekerja sebagai pegawai human resourses di Teck Guan Sdn Bhd. Tak ke unik…
Seunik itulah juga Divya. Dia menang anugerah NILAI peringkat gabungan Tawau. Ya, Divya memang ulat buku. Tapi, dia tak skima. Dia aktif dengan kebudayaan. Saya membariskan dia sebagai penari utama sewaktu pertandingan tarian yang lalu. Posture dan lenggoknya boleh tahan. Malah, saya berani mengakui yang Divya antara penari saya yang cukup berbakat. Malah berdisiplin. Ada saja masa terluang waktu latihan, buku di tangan pasti dibukanya.



Ibunya juga tidak pernah melarang dia aktif. Sewaktu saya membuat kem budaya awal tahun lalu, ibunya menulis surat meminta saya tengok2kan Divya sebab dia tidak pernah berkhemah sebelum ini. Jarang-jarang pelajar dari kelas A mahu join kebudayaan. Malah, Divya turut serta waktu kem kepimpinan. Siap diraging oleh fasi. Dia tidak pernah merungut.
Dia juga satu-satunya pelajar saya yang sering menghampiri saya dan membawa kerja tambahan yang dibuatnya sendiri di rumah. Kebiasaannya, karangan. Yang best, dia mahu saya menyemak latihannya itu di depannya sambil berbincang dengannya. Tak ke berpeluh saya dibuatnya. Bayangkan kalau semua pelajar saya begitu… comfirm cepat saya kurus…heheheee…



Divya antara pelajar yang mampu melahirkan karangan yang terbaik bagi saya. Bahasanya, saya sendiri menggagau buka kamus. Memang meremang bulu ari-ari… eh silap, bulu roma tiap kali emmbaca karangannya. Siapa sangka, pelajar yang cemerlang bermain bahasa ini, rupanya baru saja beberapa tahun fasih berbahasa Melayu. Katanya, dia pernah ebberapa tahun belajar di India sewaktu sekolah rendah. Apabila belajar di Malaysia semula, dia hanya fasih berbahasa Tamil dan Inggeris. Hanya akhbar menjadi rujukan untuk menguasai bahasa Melayu. Dia tak pernah tuisyen di mana-mana. Buku rujukan BM pun tak ada.


Wajarlah saya memilih dia untuk menjadi pengacara dalam salah sebuah program sekolah sewaktu awal tahun. Walaupun mungkin intonasinya kurang menarik, namun saya sekurang-kurangnya mencuba menanam keyakinan diri buatnya. Dia cukup unik. Banyangkan, dalam ramai-ramai pelajar saya, hanya dia seorang yang pernah emminta buku-buku sasterawan negara untuk dibaca. Lalu, saya pinjamkan buku A. Samad Said, Shahnon Ahmad dan Muhammad Hj Abdullah. Saya tahu, dia mampu membacanya. Kerana laras bahasanya sudah tinggi.
Divya Mala akan menjadi sebuah lagi episod memori hidup saya apabila saya meninggalkan Tawau nanti. Happy Deepavali My Dear Doughter…

DEPA RAYA , KITA PUN RAYA...

ini bukan gambar bini Ketua Kampung Muhibbah Bal. Cuma gambar hiasan


Deepavali muncul kini. Maknanya, kita cuti lagi. Itulah untungnya jadi rakyat Malaysia. Serba kaya. Antaranya, kaya dengan cuti. Ramai juga yang ambil kesempatan untuk mengadadakan rumah terbuka raya kerana aidilfitri masih bersisa. Sabtu itu kami mulai dengan menghadiri solat hajat untuk SPM dan STPM di sekolah. Entahlah, aku lebih tersentuh waktu solat taubat sebelum solat hajat. Aku terkenang dosa-dosa silam yang cuba kulupakan. Tang dosa, tak boleh lupa pulak. Kalau sifir matematik, cepat jer lupa… lepas solat hajat, aku cepat melarikan diri ke kantin. Tidak mampu menyaksikan anak-anak itu berpelukan dan mencium tangan ibu bapa mereka. Saya takut jadi macam tahun lalu bila saya dengan anak2 5C berpelukan dan berteriak di tepi tangki. Malu ooo…

Ahad, aku belanja budak2 pantun makan pizza. Malangnya, Atiqah tak join. Dayang datang lambat dalam keadaan kurang sihat. Lepas kuar dari rest pizza, terus muntah dia. Kesian. Maka, saya pulangkan kepada bondanya. Azlan, Arniea dan Syahmin kemudiannya saya angkut ke rumah ckg Farianis. Saya ambil ustazah Rogayah dan anaknya sebelum itu. Biasalah, apa lagi yang buat saya terliur di rumah cikgu Farianis kalau bukan Laksa Johor yang kekwat tu. Mana tak kekwat, siapa yang biasa makan laksa Johor wajib tahu. Guna spagetti beb… Lagi pun tak best pula kalau tak datang. Yelah, kak HEM lah katakan. Lagipun, dia nak pindah Taman Bunga Tulip dah esok.

Selesai rumah ckg Farianis, ke rumah cikgu Mardeana Ahmad yang kaya-raya tu. Aku terfikir, mampukah aku memiliki rumah seperti rumahnya satu hari nanti ? Pasti boleh kalau sanggup ikat perut, tahan nafsu berbelanja, buat bisnes dan lupakan hobi melancong. Sanggup ? Takpelah, biarlah duduk rumah flat pun tak apa…

Cikgu Azmi juga sempat mempelawa saya. Dia membuat jamuan perpisahan untuk kelasnya, 6 Atas Iltizam. Saya tidak kekok di rumah cikgu Azmi di Taman King Fook itu. Yelah, saya pernah menjadi housematenya di situ dulu. 6 Atas Iltizam juga bukan asing bagi saya biarpun saya tidak pernah mengajar mereka. Fandi (ketua kelas) dan Saiful, budak dikir barat saya. Azmi (pelajar), Mawar dan Awang juga pernah membantu untuk Kelab Kebudayaan. Mereka agak terkejut apabila saya datang dengan budak2 pantun, ustazah Rogayah yang rock serta anaknya.

Isnin… Deepavali Nal Vattekel…Jam 11 ada kenduri di rumah pengetua cemerlang, Puan Juriah. Beliau dan suami akan menunaikan rukun Islam kelima 4hb 11 ni. Saya sempat meminta beliau mendoakan agar saya dipanggil juga untuk menunaikan haji. InsyaAllah…

Setelah itu, kami ke rumah cikgu Arbayah dan suaminya cikgu Kisman yang juga akan menunaikan ibadah haji pada tarikh yang sama. Kali ini, saya sempat berpesan untuk kak Bayah mendoakan agar saya dipercepatkan johoh…hehehee…

Selesai ke rumah bakal-bakal haji, kami ke rumah cikgu Alinah tidak ketinggalan membuat rumah terbuka di hujung Syawal (ada ke lagi Syawal ek ?). Makanannya, saya lavelkan sebagai 1st class. Ada sate, ikan baker, ayam pedas-manis, nugget, udang goreng dan desertnya pun, nallarekek… sesuai dengan title : bini tauke Petronas. Tapi, cikgu Alinah cukup pandai mendidik anak-anaknya yang sangat humble tu. (Ingat dalam entri saya untuk hari raya lalu ? Cikgu Alinah la yang beri duit raya kat saya tu…)

Pendek kata, lupakan dulu diet yang diimpikan. Makan dulu sampai pecah perut…

Monday, October 13, 2008

SAYA DAN PUISI

Sejak dulu saya tak pernah yakin untuk memberi sesiapa membaca puisi saya. Semuanya apabila pernah satu masa, saya menunjukkan puisi saya saya kepada 'seseorang' dan dia berkata, saya lebih baik menulis cerpen sahaja. Sejak itu saya tahu, saya bukan penulis puisi yang baik.

Biarpun pernah beberapa kali puisi saya menghias dada akhbar, tapi memang saya tidak pernah mengimpikan untuk mendapat sebarang hadiah dalam penulisan puisi. (Hadiah-hadiah yang saya menang sebelum ini untuk karya-karya saya yang berlainan genre pun, memang tak pernah saya impikan. Kenapa ? Tak percaya ?)

Tapi, benarlah. Kalau sudah memang itu rezeki kita, akan dapat ke tangan kita juga biarpun dikatakan tidak berbakat atau sebagainya. Saya dapat tempat ketiga Sayembara Penulisan Puisi Sempena 50 Tahun Merdeka. Mulanya saya dihubungi oleh orang DBP untuk pengesahan kehadiran. Saya beritahu, saya akan menghantar wakil. Tambahan pula, saya cuma membayangkan, saya tersangkut untuk hadiah saguhati sahaja.

Raihani (penulis puisi muda tersohor) memberitahu, saya menang. Saya mengakui dan memberitahu, saya dapat saguhati. Rupanya dia telah tahu keputusan. Katanya, ketiga-tiga puisi saya dinilai untuk melayakkan mendapat tempat ketiga. Benar, itu rezeki. Syukur, Tuhan memberikan ilham itu kepada saya. Saya cuma perantara.

Antara ketiga-tiga puisi tersebut, saya kira, sebuah puisi inilah yang sebenarnya lebih membantu saya dalam penilaian tersebut. Sudikan tuan hamba membacanya...;



TUJUH PAKU DALAM GENGGAMAN


Aku berdiri di depanmu dengan pakaian baru dan tercantik milikku

sambil kuhulurkan genggaman tangan kanan

yang terkandung bilah-bilah paku berjumlah tujuh.

“Lalu apa ?” kau mempersoal

“lalu apa ?!” kau makin meninggi suara

“lalu apa ?!!” kau mula tidak selesa

lantas menyalakan warna muka dan muncungmu makin mencuka.

Paku-paku di tangan kanan kualih ke genggaman kiri

dan lagaan tembaga itu melontarkan bunyi indah

bak lagu ‘Mayar Sewu’ alunan gamelan Terengganu.

Kuhunuskan paku pertama dan kunyatakan padamu

ia bakal memaku tiang seri sebagai pasak bumi

dan kata orang tua-tua, tiang itu nanti teguhnya tak terjangkau

tak mampu ditumbang badai, tak patah diherdik taufan.

Paku kedua kuhunus pula, nan kubenamkan nanti untuk melekapkan dinding

pada tiang seri dan dapatlah kumembentengi manusia-manusia yang mohon dilindungi,

dari petualang-petualang yang gemar menyerang di luar jangkauan.

Dan inilah paku ketiga, setelah kunaikkan kubah

akan kupakukan pula nun di atas sana menggapai awan dara

agar nanti meredupkan dari mara bencana

dan hukum alam yang dibenarkan Tuhan.

Kau ingin tahu pula dengan wajah ego dan bengismu

fungsi paku keempat

dan aku dengan wajah luhur melepaskan paku sebatang dari genggaman kananku tadi

bagai sehelai burung merpati ia jatuh ke bumi hingga sempat diiringi tajam pandangan

nah, di panahan matamu itulah nanti akan kuangkatkan lantai jati

kira-kira sedepa dari bumi dan di dada itulah kutusukkan paku ini.

Kini giliran paku kelima

jika aku tidak salah, mindamu telahpun meneka

bahawa lantai yang tinggi sedepa memerlukan sebatang pohon kukuh untuk kutebuk

menjadi tangga dan kupakukan di depan pintunya.

Perhatikan betul-betul apa akan kulakukan pula pada paku keenam ini

jangan terkejut kerana terbenamnya nanti menembusi tapak kaki

kerana aku perlu tegak, teguh berdiri di sini, di rumah ini

bagai pahlawan terbilang yang mendada dan merenung tajam

pada setiap tetamu yang datang.

Suasana tiba-tiba sepi

yang berbunyi, derap jantungku

dan yang berdengung, lafaz nafasku

sedang kau cuma mematung, merenung

mata bengismu bertukar kuyu

wajah taufanmu menjadi sepoi-sepoi

dan dengan cuma sedikit suara yang kini halus dan lembut

kau bertanya; “paku ketujuh untuk apa ?”

Kuhampirimu, dan sudah berani menentang matamu

kau kutawaf beberapa kali, dan menukar arah mengikut putaran jam

lalu kuberhenti, tepat dihadapanmu

kujabat tangan putihmu dengan telapak kasarku

dan kuserahkan paku terakhir kapadamu

buat kenang-kenangan.

Terima kasih, di atas kehadiranmu

menjajahku, dan masa pulangmu

kuiringkan paku ini, lambang semangatku

dan ketahuilah

aku tidak seperkasa ini menggenggam paku-paku

jika kau tidak hadir mendewasakanku.



SIAPA KATA ANAK TAWAU BUKAN SESIAPA???


Saya sebenarnya tidak ada masalah dan terfikir benar, ada eloknya merendah diri. Anak-anak yang saya kenali, ramai yang merendah diri. Saya fokuskan di sini, anak-anak SMK Tawau. Tapi, adakalanya, apabila kita terlalu merendah diri, kita akan benar-benar meletakkan diri kita di tahap paling bawah. Misalnya, minggu lalu saya bertanya pada seorang anak saya tentang cita-citanya. Katanya, dia tiada cita-cita. Dia belajar dan akan mengikut saja apakah peluang yang akan terbuka untuknya. Saya kata, dia ada hak untuk menentukan siapa dia pada masa hadapan. Tahu apa katanya? "Siapalah saya ni cikgu, budak Tawau sak kasian... Dak dipandang..."


STOP..... Cukuplah dengan perasaan merendah diri itu. Bagaimana kamu hendak mengangkat nasib bangsa kamu kalau kamu sendiri sudah merendahkan diri kamu. Saya tidak bermaksud untuk menggalakkan kamu mendabik dada. Tapi, kita harus berani menunjukkan diri. Berani. Benar-benar berani. Tidak ada sesiapa yang akan mengangkat diri kamu kalau tidak kamu yang berani menunjukkan siapa diri kamu.


Kalau nak cakap tentang warga Tawau yang berjaya, tentulah ramai sangat. Jadi, saya cerita tentang bekas pelajar SMK Tawau saja. Bekas pelajar SMK Tawau telah sampai jauh mengukir nama di pentas dunia dan kebangsaan. Mungkin saya tidak tahu semua, tapi beberapa yang saya tahu;
AMBER CHIA


Cantiknya amoi Tawau ni...

- supermodel internasional.

- duta produk kesihatan Ogawa.

BAYU UTOMO RADJIKIN
saksikan karya-karya Bayu

- seniman arca, figura, realisme dan abstrak.

- arcanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991.
- kumpulan rock terkenal, Search turut menampilkan karya terbabit pada kulit album mereka, ‘Rampage’ yang diterbitkan pada 1992.

- pereka set untuk teater Malvin Khoo Solo dan Sirih Bertepuk Pinang Menari, Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Puteri Saadong, Hamlet, Muzika 23250 Tragedi Bukit Kepong, Gedebe dan Spring In KL.

- membuat latar pentas untuk konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya dan temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.



SUMARDI HAJALAN
Sumardi yang baju biru. Eh, takkanlah yang baju merah...

- pemain pertahanan pasukan bola sepak Malaysia.
- kini di bawah Johor FC (2006 - kini).

- pernah bermain untuk Sabah FA (2005 - 2006).


Mungkin ada ramai lagi yang kurang publisiti. Ramai yang lain lagi yang berjaya menempa nama dalam bidang masing-masing. Ada doktor, deejay RTM, pelakon dan model, ahli politik, usahawan... ramailah. Jadi, lihat, siapa kata anak Tawau bukan sesiapa ????

Wednesday, October 8, 2008

29...HANYALAH NOMBOR...

Mulanya begini, saya masuk agak lambat ke kelas 4A hari ini kerana keluar dari 5E (Peperiksaan Percubaan SPM sedang berlangsung) saya ke pejabat untuk fakskan kertas soalan Percubaan STPM Sejarah sekolah saya kepada seorang teman di Lahad Datu. Saya sebenarnya sakit hati dengan seorang budak kelas saya. Ada ke patut masa saya mengajar di kelas 5 B kerlmarin, ada cahaya merah tiba-tiba melintas mata saya. Siapa lagi kalau bukan kerja budak saya sendiri yang kelas mereka cuma bersebelahan. Ini tentu bukan kerja orang lain. Kalau tak Azman, mesti Azman, kalau tak, mestilah comfirm Azman.
budak busuk inilah yang bernama Azman

Kalau bukan juga, barulah mungkin Baba atau Wong. Mereka tak tahu yang saya ni dah lama tak makan orang. Jadi, saya masuk ke kelas hari ini beserta dendam hendak mematahkan tulang temulang Azman (Bugis Asli) atau Baba (Cina Bugis) atau Wong (Cina Tator). Merekalah yang membawa laser merah itu. Memang merekalah.

dari kiri : Wong (Cina Tator) dan Baba (Cina Bugis)

Saya melangkah perkasa ke kelas dari pejabat selesai menghantar soalan kepada Cikgu Dexter@Mohd Danish Abdullah (cikgu cemerlang, berbakat dan berketrampilan yang saya jadikan idola). Sampai di muka pintu kelas, saya lihat ada bundut kain samarinda yang saya bawa sebagai lapik meja guru, di atas kerusi guru. Saya nak menjerit dah. Saya memang pantang kalau kelas bersepah. Sebab itulah kelas 4 A jarang tewas untuk Pertandingan Keceriaan Kelas. (abis tu bai, meja dalam bilik guru yang bersepah tak hingat ditambah dengan bilik tido lu yang macam stor Parkwell plus ruang tamu yang kemas hari ni esok sepak balik tu, apa cerita???) Aifan selalu Ketua Kelas bertulang besi mengarahkan semua pelajar berdiri.

ketua kelas 4A yg baju kelabu pakai rantai hanjing tu. Baru menduda, Pose yang macam orang hilang pedoman ni pun, dia la punya pengaruh. Emo katanya...

Tiba-tiba… ‘SELAMAT HARI JADI CIKGU…’ ucapnya diikuti seluruh kelas. Kemudian, mereka menyanyikan pula lagu Happy Birthday dalam versi pitching ke laut harmoni tak jadi. Tapi perlahan saja sebab kelas-kelas tingkatan 5 sedang trial SPM. Lagipun mungkin mereka telah insaf sebab saya asyik komplen dengan tahap kebisingan kelas.

Saya maintain macho. Tak naklah tunjuk sangat rasa terharu. Saya teruskan juga membebel hal longgokan kain samarinda di atas kerusi itu. Pantas mereka menjawab yang longgokan itu untuk saya. Saya pun naikkan kain itu ke atas meja.

“Cikgu, jangan terlalu keras,” kata Wong F1. Ini Wong lain. Bukan Wong Cina Tator tadi. Wong ini lebih berjenis dan hensem..(Hai, Wong Tator… heeheee..). Mereka minta saya membukanya. Ada kek coklat di dalam sebuah bekas besar.

Terkejut saya. Kata mereka, Fatin yang membuatnya. Saya juga diberikan sebuah beg ada beberapa ucapan di dalamnya. Memanglah terharu. Kalau tak rasa apa-apa, bukan manusialah tu.

Mereka mahu saya memotong kek coklat tersebut. Tetapi, saya tangguhkan pada waktu rehat yang akan tiba selepas masa BM ini. Saya teruskan dengan mengajar KOMSAS. Hujan bukan main lebat tiba-tiba. Seriously, saya tak perasan bila mulanya hujan ini. Tiba-tiba dah lebat. Yalah, nak kontrol macho punya pasal, sampai hujan pun tak sedar.

Saya mengajar cerita Peminangan Puteri Gunung Ledang dan Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah yang ditukil daripada epik Ramayana. Apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat, terus huru-hara kelas. Seolah-olah SMK Tawau ini mak-bapak guru kelas diaorang yang punya. Kami berpesta, bergambar dan makan kek sampai tak pedulikan orang lain. (Eleh, waktu rehat juga) Tapi, apa yang buat saya cukup tersentuh adalah penglibat semua pelajar. Maksud saya, pelajar dari bangsa lain turut meraikan hari jadi saya dan bergembira.

Sedikit demi sedikit saya dapat lihat semangat perkauman semakin terhakis dan banner di luar kelas yang saya jalankan sesi fotografi pada bulan Julai lalu untuk menunjukkan perpaduan mereka, kini benar-benar mulai terasa.

inilah anak-anak saya tempat saya menumpang berkasih sayang

Hari ini, kami sempat juga berbincang tentang jamuan kelas, dan semua pelajar berjanji untuk turut serta. Hurm…saya pasti merancang acara untuk lebih merapatkan mereka.

Jangan ditanya apa yang terlekat di hidung kami. Saya pun tak hingin nak tanya dorang...

Percayalah, selain sambutan hari lahir saya yang ke 21 (ibu buatkan kek khas berbentuk kunci dan sajak bertajuk ‘Adong Ibu’), inilah juga hari lahir yang akan saya ingat sampai bila-bila (ups, saya juga harus mengingati surprise party yang dianjurkan Farizul dan adik-adik waktu di Akademi Seni Melaka dulu bila mereka buat hal sampai saya sentap dulu dan tiba-tiba di restoran Taman Jati, Batu Berendam, ada kejutan). Terima kasih semua atas kenangan-kenangan yang akan saya ingat-ingat lepas pencen nanti.

Banyak sangat ucapan yang saya terima untuk birthday kali ini lewat sms mahupun lisan. Paling klise, ucapan suruh saya cepat kawin. Releks la children, 29...it's just a number...

*saya sempat merampas lazer merah daripada Azman waktu dalam kelas tadi. Kan saya dah cakap, memang Azman punya kerja…


Tuesday, October 7, 2008

DIRGARHAYU DIRIKU.....

menara berkembar kat belakang tu tak ada kena mengena dengan entri di bawah ini
Hepi besdey to me… hepi besdey to me… hepi besdey to myself… hepi besdey to me… Dirgahayu cikgu Moh Azam….
Tak sangka, panjang juga umur saya ek? Dah 29 dah. Dah kertu. Tidak……!!!! Bila fikir-fikir balik, banyak juga yang dah saya buat. Dan banyak juga yang belum sempat saya buat. Dan lebih menyedihkan, banyak sangat yang tak sempat saya buat, yang telah berlalu dah tak mungkin dapat berpatah balik. Tak mengapalah, hidup mesti diteruskan. Mana yang terlepas jadikan pengajaran, mana yang masih ada perlu direbut seadanya.
Bumi Tawau banyak mengajar aku erti kehidupan, kedewasaan dan cinta. Cinta sesama manusia, cinta sesama umat. Terima kasih Tawau. Terima kasih kerana baik denganku.
Kata kakakku dulu (Tengku Cahaya), hari lahir adalah sebaik-baik hari untuk kita mengingati kematian. Sejak Ramadhan lalu, saya belasungkawa dengan pemergian arwah ayahanda Pn. Juriah (pengetua SMK Tawau). 4 hari sebelum raya pula, kawan cikgu Azmi Hasan pergi mengadap Ilahi setelah terkorban di Jalan Kuhara (xcdnt motor – Hilux), raya keempat, Cikgu di Pasir Putih pula meninggal dunia, pada hari arwah menjemput teman-teman untuk datang ke rumah terbuka di rumahnya pada jam 10 pagi (arwah pulang ke Rahmatullah pada jam 8 pagi). Semalam, kami di SMK Tawau dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Puan Beche Peong sekitar jam 5:30ptg akibat barah payudara. Arwah Ckg Beche yang juga bekas guru Pend Seni di SMK Tawau begitu disayangi oleh kami semua. Pelajar-pelajar juga memanggil arwah dengan panggilan Bonda. Kami memanggilnya Kak Ceng. Dan pagi tadi kira-kira jam 5:30 pagi, seorang lagi guru iaitu Allahyarham Cikgu Abdullah dari SM Teknik pula pergi menyahut seruan Ilahi. Innalillahiwaiinnailaihirojiun…
Bila berturut-turut orang sekeliling pergi, tertanya-tanya juga, bila agaknya giliran saya? Jika sampai giliran saya nanti, akan adakah yang akan merindui saya? Akan adakah yang akan mendoakan saya?
Teringat pula, saya pernah menulis sebuah puisi yang panjang berjela sewaktu usia saya 21 tahun. Waktu itu, saya masih tinggal di Kampung Pasir Wardieburn Setapak KL. Rumah yang saya rindui. Kini rumah itu telah tidak wujud lagi. Setiap kali saya pulang, ibu sering mencadangkan saya melawat tapak rumah lama sebelum tapak itu dimajukan. Tapi, saya sering mengelak. Ada banyak nostalgia di sana yang ingin saya lupakan. Benar-benar ingin saya lupakan. Di sini sajak saya.

SETAPAK DARI TANAH HARAM
Waktu aku dilahirkan
kata mereka
ibu meneran bagai putus nyawa
kerana aku si degil yang besar kepala
terlalu pemalas
dan tembel pula
hingga akhirnya aku keluar juga
setelah bidan
menyekeh-nyekeh umbun-umbunku
kerana enggan bersabar lagi
dengan apa yang mereka gelarkan
kedegilan.

Itulah kata mereka
entah...
mana bisa aku ingat.

Setelah aku dihadiahi
sebuah kotak kayu
yang terkandung sebuah otak
pada ulangtahun kelahiranku
yang kelima
barulah aku mula membenci
berapung di alam fantasi
dan mula menanam minat
bermain-main dengan hadiah
di dalam kotak kayu
yang berupa sebuah otak.

Bila semakin besar
aku baru teringat
bahawa bapaku
tidak pernah pulang-pulang
sejak bertempur dengan naga
di Gunung Lara
(itu menurut kata ibu).

Beberapa kali kutanya ibu
di mana bapa ?

Ibu yang berani
dan petah bicara
berjaya menerangkan
dengan lancar
(biarpun ibu terdiam agak lama di pertengahan cerita kerana mungkin untuk mencari ilham bicara atau mengumpul nafas sehela)
bahawa bapaku
yang berjuang di medan naga
di Gunung Lara
telah pun berjaya
memancung kepala naga
dan menyincang tubuhnya.

Aku menjerit gembira
namun terdiam pula
dan teresak menangis
mendengar ibu menyambung kisah
bahawa bapaku
telah menerima ganjaran
kerana kejayaannya itu
dan dihadiahi
segunung nikmat
dan selaut rahmat
dan membuat keputusan
untuk tinggal di daerah Bahgia
dan enggan pulang-pulang lagi.

Aku diberitahu
setelah beberapa tahun
aku asyik leka
bermain dengan hadiah
di dalam kotak kayu
berupa sebuah otak
(kerana sejak itu, aku tidak lagi menerima apa-apa di setiap ulangtahun kelahiranku)
bahawa sebenarnya
daerah yang aku duduki
juga ibu
juga opah dan sepupu
juga anak sepupu dan jiran-jiranku
adalah daerah yang bernama
Tanah Haram.

Aku baru sedar
rupa-rupanya
aku hanya duduk
dan baring
dan tidur
dan bersembunyi
di sebuah pondok
di sebuah daerah
bergelar Tanah Haram.

Sewaktu aku sudah masuk sekolah
aku sudah pandai jadi jahat
(itupun jika suka menggeladah itu dikatakan jahat)
dan pada satu malam
waktu ibu pergi mengait bintang
aku memulakan kelekaan baru
menggeladah kotak kayu
yang lebih besar dari kotak kayu
yang pernah kuterima dulu
malah kotak kayu yang ini
berwarna agak kelabu
tidak seperti kotak kayu yang kuterima dulu
nan lebih ke arah warna ungu.

Dengan sedikit ketakutan
dan seribu rasa bersalah
aku mula membuka kotak kayu
milik ibu
seiring lafaz Bismillah...
dan alangkah aku terkejut
apabila mendapati
di dalam kotak kayu kelabu
tidak berisi otak ibu
(sepertimana kotak kayu ungu yang berisi otakku)
sebaliknya berisi sebuah buku
yang dililit riben putih dan hitam.

Dadaku tambah bergelodak
bila membaca kulit buku yang bertulis;
“sebuah kisahku’
dan tanpa hati-hati
kuleraikan lilit buku
dan mula menyelak helaian pertama
dan menanam cita-cita pula
untuk habiskan membaca
namun aku tersentak
dengan isi perenggan pertama
bunyinya;
“Bacalah, anakku
coretan ini benar-benar buatmu
sebuah kisah ibu bernada pilu
nan penuh dengan lagu-lagu mendayu
walaupun begitu, anakku
sebelum kau meneliti isi tulisanku
pastikan usiamu telah melangkah garisan 21
seiring kedewasaanmu....”

Entah mengapa aku yang tadi begitu bernafsu
tiba-tiba menjadi begitu patuh
dan baik hati
hingga kusimpan kembali kotak kelabu
yang terkandung buku berlilit riben putih-hitam
ke tempat asalnya
dan menanam azam
untuk sabar menanti waktu
ibu menyerahkannya kepadaku
dan pada waktu itu
aku akan berpura-pura
menerima kejutan hadiah
sebuah kotak kayu
berwarna kelabu
yang konon tidak pernah aku lihat
sepanjang umurku.

Maka bermulalah detik
di usia semuda ini
aku mendapat pekerjaan tetap
dan lebih kejam lagi
ianya tidak bergaji
dengan tekun setiap hari tanpa cuti
aku bekerja sebagai penghitung waktu
yang paling penyabar
menanti usia 21.

Aku perlu menyusun
seketul batu setelapak tangan kanan
(tapak tangan kiriku lebih kecil. Namun, kelihatan ianya seperti semakin membesar dan makin ingin menyamai saiz tapak tangan kananku)
dan batu itu
perlu batu dari Tanah Haram
yang kususun setiap hari
membawa erti
jumlah hari penantianku.

Itulah kerja tidak bergajiku
sehari satu batu
sehari satu batu
satu batu sehari
satu batu sehari
sehari satu batu
satu batu sehari
sehari satu batu
satu batu sehari
batu sehari satu
batu sehari satu...
kususun di belakang rumahku.

Tiba-tiba pada suatu hari
aku menjadi remaja
apabila pada waktu itu
aku menerima sebuah kotak kayu
berwarna hijau pucuk pisang
di ulangtahun lahirku.

Pada muka kotak kayu hijau pucuk pisang itu
tertera pemberinya
adalah bapaku
dan dia menungguku
di sebuah perhentian bas
jauh dari Tanah Haram.

Entah mengapa aku begitu berhasrat bertemu bapa
biarpun tanpa rasa rindu.

Dengan wajah biasa
seperti waktu dulu
tanpa kumis
tanpa jambang
dengan sedikit daging tambahan
di perut, dada dan pinggang
bapa menghulur tangan
dan aku mencium tangan itu
lalu tanpa bermukhadimah
bapa bercerita
tentang kehidupannya
dan pertarungannya dengan naga di Gunung Lara
yang pernah kusifatkan sebagai berita gembira
sebenarnya tidaklah segembira mana.

Benar naga tertewas di tangan bapa.
tetapi sebenarnya bapa tetap tercedera.
naga perkasa di Gunung Lara
mati
dan meninggalkan pada bapa
saki-baki dosa
dan noda
apabila kuku jari hantu tangan kiri naga itu
terbenam di tumit kaki kanan bapaku
dan kekallah ia di situ
selamanya
lalu bapa terpaksa berjalan
terhincut-hincut
akibat kuku jari hantu tangan kiri naga perkasa di Gunung Lara itu
malah lebih celaka
apabila bapa menerima sumpahan
dari naga perkasa di Gunung Lara
berupa satu pengharaman
untuk menjejak Tanah Haram
dan satu pengharaman lagi
untuk meninggalkan daerah Bahgia.

Bapa lalu mengajakku
untuk mengikutnya
ke daerah Bahgia
dan tinggal dengannya
untuk beberapa hari.

Aku menolak
kerana aku harus menyusun
sehari satu batu
sebagai tanda menghitung usia
menuju ke 21.

Dan bapa mencadangkan
aku mengikutnya beberapa malam
dan bila pulang nanti
aku boleh menyusun beberapa batu lagi
sebagai ganti hari-hari
yang tidak kususun batunya.

Aku kagum dengan pendapat bapa
yang terlalu bijak itu
dan apabila kubertanya
dari siapakah dia mewarisi kebijaksanaan itu
dia cuma tersenyum dan menunding
kepada kotak kayu berwarna hijau pucuk pisang
di tanganku
lalu barulah timbul ghairah
untuk membuka kotak kayu hijau pucuk pisang itu
dan di dalamnya
berupa sebuah otak
seperti dulu
cuma saiznya lebih besar
dan warnanya lebih merah
dan suhunya lebih panas
dari otak yang pernah kumiliki
dari kotak kayu berwarna ungu
pemberian ibu.

Selama empat hari
daku di daerah Bahgia
bersama bapa
dan pesannya kepadaku
agar aku satu masa nanti
tidak kecut
cuba mendaki Gunung Lara
tetapi jangan pula
pergi mencari naga
biar naga datang sendiri
menyerah kepala
yang bercabang tujuh
yang bertanduk tiga
yang berlidah merah
dan geliga di tengahnya
asal jangan sesekali
aku menanam tekad
mendaki Gunung Lara
semata-mata kerana naga
dan geliga.

Di Tanah Haram
aku menambah masa
menyusun batu
lima biji
dan sejak itulah
aku selalu kemana-mana
berhari-hari lamanya
adakala berminggu-minggu
adakala berbulan-bulan
dengan izin ibu
dan bila pulang ke Tanah Haram
aku mula menyusun batu
adakala 4-5 biji
adakala 7-12 biji
adakala 30-40 biji
begitulah aku
saban hari
saban minggu
saban bulan
saban thaun
hingga pada satu malam minggu
waktu pulang dari menikmati
malam berdosa
aku baru sedar
bahawa sebenarnya
aku sudah lupa
tujuan sebenar aku menyusun batu-batu
yang kini sudahpun menjadi menara
yang begitu sayup tinggi
yang begitu gah perkasa.

Beberapa malam aku tidak boleh tidur
memikirkan
mengapa aku
memilih untuk menyusun batu-batu itu
sebagai kerjaya
sedangkan teman-teman yang lain
tidak begitu.

Aku bertanya ibu
mana tahu jika-jika aku pernah memberitahunya
tentang batu-batu itu.

Ibu sebaliknya terpegun
dan menyatakan
kekagumannya
yang tidak pernah menyangka
akulah penyusun batu-batu itu
yang telah mula menjadi perbualan
jiran-jiranku
sejak beberapa menggu lalu
dan ibu menyatakan
mungkin aku sedang membina menara
untuk memetik bintang
sebagaimana yang pernah
ibu lakukan
di zaman kecilnya dulu
dan aku agak bersetuju
kerana pendapat ibu
paling tidak lebih baik
dari pendapat bapa
yang menyatakan
bahawa menyusun batu
sebenarnya sekadar hobiku
yang hampir sama dengan hobinya
iaitu mengumpul setem dunia.

Atas nasihat keduanya
aku meneruskan pekerjaan itu
sehari satu batu
sehari satu batu
satu batu sehari
satu batu sehari
sehari satu batu
satu batu sehari
sehari satu batu
satu batu sehari
batu sehari satu
batu sehari satu...
kususun di belakang rumahku.

Tiba-tiba
tinggal satu lagi batu
yang kuperlukan
untuk aku dapat sampai
mencapai bintang
dan tiba-tiba juga
baru aku sedar
bahawa Tanah Haram
sudah kehabisan batu
puas kucari
tidak juga bertemu
cuma satu lagi batu.

Aku yang gusar
dan rundum hati
berdoa kepada Tuhan
agar diselesaikan jalan
lalu turunlah
hujan batu dengan lebatnya
dan setelah berhenti
aku memilih
batu yang paling cantik
dan berkilauan pula
sebagai batu terakhir
di puncak menara.

Malam itu juga
selepas tengah malam
aku mendaki menara
untuk meletakkan batu terakhir
dan seterusnya memetik bintang.

Tiba-tiba
sewaktu mendaki
aku mendengar suara ibu
menyanyikan lagu
‘Selamat Hari Jadi’
buatku
dan baru kusedar
aku sudah 21
dari sayup-sayup
kulihat ibu
menyala lilin pada kek
dan di sisinya
sebuah kotak kayu berwarna kelabu
yang pernah kudambakan dulu
dan mengingatkanku kembali
tujuan sebenar kumenyusun batu.

Aku serba-salah
untuk menamatkan pendakian
atau turun dahulu
membaca buku di dalam kotak kayu berwarna kelabu
dan setelah berfikir panjang
(aku berhenti selama 30 minit di tengah pendakian untuk berfikir)
aku memutuskan
untuk mendaki dulu
dan memetik bintang
yang nantinya
akan kuhadiahkan kepada ibu pula.

Akhirnya kusampai di puncak
dan dengan lafaz Bismillah...
aku berjaya memetik
sebiji bintang
paling gemilang
untuk ibu
dan waktu aku mula ingin turun
angin pula bertiup kencang
dan menggegar menara batuku
yang kemudian sedikit demi sedikit
runtuh
dan menghempap rumahku
hingga hancur lebur.

Ibu tidak pula marah
kerana katanya
kita akan membuat beberapa kesilapan
yang akan mendewasakan
dan inilah satu-satunya.

Aku menerima pemberian ibu
sebuah kotak kayu berwarna kelabu
yang berisi sebuah buku
yang berlilit riben putih dan hitam
yang tertulis “Sebuah kisahku”.

Aku membaca buku itu
sebuah kisah ibu
secara itu aku diberitahu
bahawa ibu sebenarnya dulu
seorang bidadari kayangan
(patutlah sejak mula dulu kurasakan begitu)
yang mengikut peraturan
untuk turun ke bumi
untuk berkahwin
dan punya anak
iaitu aku
dan setelah usiaku 21
akulah yang akan
membuat keputusan
untuk membawa ibu
menjadi bidadari semula di kayangan
atau terus tinggal di bumi
tetapi bukan di daerah bernama
Tanah Haram
jika pilihan kedua kupilih
aku harus keluar dari Tanah Haram
dan mencipta hidup baru.

Aku meminta pendapat ibu
seorang bidadari
dan ibu menyerahkan kepadaku
kerana katanya
hidupnya selepas ini
adalah kehidupanku
dan aku memutuskan
untuk tidak mewarisi takhta
di kayangan
tetapi membina rumah baru
setapak dari Tanah Haram
dengan batu-batu
yang pernah kukumpul dulu
dan ibu mengizinkan aku
setelah siap rumah baru
setapak dari Tanah Haram
aku boleh ke Gunung Lara
dan menunggu naga menyerah kepala
tetapi aku berjanji kepadanya
bahawa aku tidak akan
menetap di daerah Bahgia
sebaliknya akan pulang semula
ke rumahku
setapak dari Tanah Haram
dan ibu
begitu bahagia
kuhadiahi
sebutir bintang yang kupetik sendiri.

Sampai masa
aku ingin berangkat
ke Gunung Lara
yang pernah dijejaki bapa
dan melupakan hasrat
untuk tinggal di kayangan
yang pernah didiami ibu.

Aku pergi untuk sementara
dan sementara itu
ibu berdoa untukku
dari rumah yang terang menderang
oleh cahaya bintang
dan tegaknya rumah itu
setapak dari Tanah Haram.

Monday, October 6, 2008

1001 RAYA....

Ada 1001 sebab kenapa raya kali ini cukup best untuk saya. Ianya bermula dengan praraya, diikuti 1 Syawal dan pascaraya:-

1] Sebelum puasa iaitu malam 31 Ogos lalu, saya dapat tempat ke-2 pertandingan lagu patriotik Radio Malaysia Tawau (RMT) dan dapat persembahan terbaik lagi. Apa yang best bukanlah kemenangan itu. Tapi persembahan malam tu. Tapi beberapa perkara yang terdapat dalam persembahan tu;

i) Sebab buat kat pentas terbuka di dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Kiranya kalau kat Tawau ni, dataran MPT ni adalah tempat berkumpulnya warga Tawau yang hendak membawa keluarga untuk countdown 31 Ogos dan tahun baru. Kalau kat KL tu, macam kat kat Dataran Merdeka la lebih kurang. Memang dah lama saya teringin nak perform kat situ. Ala-ala malam tu saya buat pentas tu macam pentas mak bapak saya ler. (dasar jantan keberet la lu bai…)Memang tak ingat dunia la saya malam tu. Saya suka sangat perform kat open-air macam tu. Sebelum ni kalau kat Tawau ni, saya pernah perform kat auditorium library (Pertandingan Dwi-Pilihan RMT, dapat no 3) dan teater Topeng. Kat Dewan Masyarakat Tawau pun selalu gak (Konsert Merdeka PPG Tawau dan mengacarakan beberapa siri Pertandingan Battle of The Dance) (poyo la lu ni bai…)

ini di cikgu yang berangan artis tu...

ii) Sebab dapat nyanyi lagu yang paling saya minat kat dalam dunia ni iaitu Mentera Semerah Padi. Saya suka sangat lagi tu tak kira apa versi sekalipun. Versi asal+video klip M.Nasir yang bersilat bagai tu, versi sifu duet dengan Tam, dan versi Mawi. Dah banyak kali juga saya nyanyi lagu tu. So, dah jadi makanan saya. Saya pernah menyanyikan lagu tu waktu Saringan Sinaran Pertiwi TV3 (2002), masa Konsert Merdeka PPG Tawau (2005 kalau tak silap), masa Pertandingan Akhir Dwi-Pilihan RMT (2008) dan sekarang pun lagu ni jugak. Dirgarhayu M. Nasir……

iii) Saya juga dapat selitkan elemen theaterical dalam persembahan dengan mengangkut bebudak 4A (saya guru kelas mereka) iaitu Wong Vui Cheung, Azman, Aifan dan tak lupa budak pantun saya, Azlan (yang puasa sunat time tu. Tapi tak tau la kalau2 puasa ganti. Heheheee…Hai, Lan…). Azlan tu memang la dah biasa naik stage. Tapi bebudak 3 orang tu yang saya nak biasakan. Yelah, anak2 saya yang dulu bukannya sudi nak naik pentas dengan saya lagi…sot…sot…sot…. Budak2 tu bukan setakat sebagai back-up singer. Tapi turut saya dera berlakon lengkap berpakaian tradisional merah (mentang-mentang lagu Semerah Pagi, perlu la pakai baju merah…klise…)dengan berlembing, berkeris bagai. Kena berlakon lagi.

padan muka korang disuruh berlakon

iv) Nyanyi dengan live band….yeeehaaa… tu yang saya tunggu-tunggu. Sebelum ni time orang kawin jer dapat nyanyi dengan live band. Kalau tidak, jangan nak mimpi la. Banyak keghairahannya menyanyi dengan live band berbanding karaoke. Pukulan dram betul-betul rasa memukul tenaga dalaman saya. Gorengan gitar yang memang best giler macam goreng ayam KFC (asyik ingat makan, patot pun kembang. Relevan ke, bunyi gitar pun nak kait dengan makanan ?)dan tentunya bunyi gitar bass yang menjentik2 rasa.

v) Dapat nyanyi dua kali. Sekali waktu bertanding, dan sekali lagi lepas diumumkan result. Yang penting, persembahan kedua tu adalah request daripada bebudak band tu. So guyz, bila kita nak masuk studio buat album ala-ala Sheila on Seven versi montok ?

vi) Ini kali kedua saya melaungkan Merdeka !!!! Dari atas pentas, Kali pertama waktu Konsert Ambang Merdeka di UPSI dulu. Waktu tu saya nyanyi lagu Samrah Mentari. Berbeza rasanya melaungkan Merdeka !!!!!! Dari atas pentas. Lebih menusuk dan terbungkam syahdunya.

2] Puasa jatuh pada 01hb September. Bukan apa, jarang sangat dapat selari begini. 01 September, 01 Ramadhan… Senang la nak ingat berapa hari dah puasa, Berapa hari lagi nak raya etc… Dah tu, jatuh pulak pada hari Isnin, permulaan hari. Cuti pulak time tu sebab ganti cuti Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Ahad. Sempat pulak ke masjid walaupun solat terawih sebelum tarikh puasa diumumkan. Yelah, Tawau ni kan cepat sejam. Jadi, Isya’nya sekitar 7:15 malam. Pengumumankan dalam jam 8:00 malam. Kiranya, kalau diumumkan tu tak jadi puasa esok, secara automatiknya terawih itu akan dibatalkan. Tak ramai dah dapat peluang buat terawih pada hari pertama. Tak ramai orang. Syukurlah, Tuhan pilih saya.

3] Pada hari ketiga puasa, berlakunya gerhana matahari. Cantik sangat. Macam mata yang bulat kat atas awan.

hadiah di awal Ramadhan dari langit Tawau

4] Sebenarnya, waktu ni juga saya baru declair dapat teman baru. Mulanya begini, laptop Toshiba saya yang lari setting gara-gara bebudak asyik main game jer memanjang dan tak dapat pula disettlekan oleh Ahya (adik angkat saya – IT UPSI), telah saya bawa ke kilang Korea kat Tanjung Batu Laut sebagaimana yang dicadangkan oleh Abg Ardi untuk dibaiki oleh Abg Heru, kawannya. Abg Heru pulak, Cuma pandai dari segi repair-merepair. Program2 ni tak berapa. Jadi, dia serahkan kepada Abg Rizal. Abg Rizal ni pulak, sebatang kara senasib saya la. Kerja secara kontrak sampai bulan Disember ni. Bini dan anak2nya kat Johor. Sembang punya sembang, rupanya orang Sumatera. Sekampung la pulak. Datuk saya pun Sumatera. Bahasa pun sama iaitu bahasa Minang. Dari dia saya tahu banyak tentang adat keturunan saya sendiri yang langsung tak pernah saya kenal. Yang penting, best sangat member dengan dia walau asyik melalui sms.

5] Dekat2 nak raya, ada cikgu2 bercerita tentang budaya budak2 Tawau yang kurang dari segi memberi kad raya atau hadiah time Hari Guru. Berbeza dengan budak2 daerah lain. Saya pun mulanya join jugak la sesi ala2 menganyam ketupat tu. Tapi, bila time masuk kelas, ada kejutan untuk saya. Jeng-jeng-jeng… Bila saya masuk kelas 4A, tetiba semua senyap macam kena tampar malaikat. Saya pun curiga la. Yelah, sebelum ni, kalau saya masuk saja mesti macam kapal karam. Bising nak rak sampai beberapa kali Ckg Yab (Pen Kanan 1) geleng kepala. Saya pun serba salah. Terfikir jugak. Dorang ni baru lepas kena marah ke mende? Tapi, bila saya angkat jer borang semak kelas, rupanya ada kad raya sebesar alam kat situ. Semua bebudak tepuk tangan dan suruh saya baca. Handmade yang cukup kemas dan menarik. 4 muka kad raya. Semua student bekerjasama buat kad tu. Saya baca sikit-sikit jer. Nak meleleh jugak air mata sebenarnya. Tapi saya tahan2 jugak. Maintain cool la konon.

ini la kad yang mengambil masa 45 minit untuk dibaca

memang kelakau giler sampai nak putus urat kentut

Nain paling banyak kena kutuk dalam ni. korang minta maaf balik,,,

6] Ahad, 28 Sept, lepas saya hantar Zamani (housemate) ke airport untuk balik raya, (waaaaa…. saya kini betul2 perantau sebatang kara…) saya pergi beli gelang magnet, ambik Alif & Fazir, then pergi berurut dgn Mas Yono. Jam 5 am baru saya tidur. Sambil chatting, sambil masukkan duit raya dalam sampul. Tak tahulah, kenapa betul2 tak mengantuk. Saya tidur jam 5-8am sebelum bangun, cirit-birit, muntah2, sakit sendi2, sakit perut, sakit kepala, mata panas, kaki sejuk. So, tak puasalah jawabnya. Mujur ada lagi yang sayang kat saya. Fazir dan Jun datang rumah jaga saya. Fazir terpaksa ke kedai belikan saya makanan. Jun pulak terpaksa melayan macam2 kerenah saya. Saya ni kalau sakit memang manja sikit. Ibu saya dulu selalu picit kepala. Sekarang Jun la jadi mangsa. Saya dah anggap Jun dan Fazir ni pun memang dan macam anak sendiri. Kesian dorang. Petangnya, lepas balik keje, abang Ardi pulak datang jenguk saya. Terpaksa berbuka di rumah walau cuma ada kuih. Tau jelah, dekat nak raya ni, mana ada orang nak jual makanan berat untuk berbuka.

7] Malam raya, berkali2 saya hubungi abg Rizal. Tak pernah dapat. Bukan apa, dia janji nak beraya sama saya. Yelah, kamikan sama-sama perantau. Sudahnya, raya ketiga baru dia sms saya setelah berpuluh kali saya cuba call dan sms dia. Sedih juga la, tapi nak buat macam mana. Saya tak kesunyian. Malam raya, Romie dan Richard datang temankan saya. Tak apalah walau dorang tak bermalam. Saya sempat masak sphagetti untuk sapa2 yang nak datang esok. Bestnya, Wong, Sharon dan Dullah sudi beraya dengan saya. Tengahari, Baba join sama. Bestkan…?

post istimewa dengan tema lepak kat tangga dgn Sharon (t-shirt hitam) dan Dullah (mamat songkok)


kat rumah Baba, dapat juga jumpa nasi di Aidilfitri

8] Raya ke-4, budak2 saya sewa bas untuk pergi beraya. Walau cuma 20 orang yang pergi (termasuk budak2 yang dah sambung belajar kat tempat lain – Asman, Hairi dan Yusuf), itupun dah cukup baik sebab kira lebih dari separuh kelas. Saya digelar Ketua Geng Bas Sekolah. Hehehee….

kamilah Geng Bas Sekolah SMKT

9] Setelah melangkah ke usia agak kertu ni, saya dah lupa macamana rasanya dapat duit raya. Yelah, asyik keluar duit raya sajakan… Tapi tahun ni, saya dapat duit raya. Heheheeee… sama dengan Geng2 Bas Sekolah yang lain. Malu juga mulanya. Tapi, teemer kacih cikgu Alina…hehehe…

kalau jumpa bebudak ni, cepat tutut pintu... (poyo jer yang kat depan tu)

* Tapi ada jugak yang tak best lepas raya ni. Sebabnya, yelah, saya ni kan jenis tak berapa berjenis sangat. Main redah jer nak ke mana2 pun, termasuklah ke rumah orang, bilik orang, lubang cacing orang, jamban orang… tapi saya dah insaf sebab saya salah redah. Saya termasuk ke bilik member yang sedang beromen dengan girlfriend dia. Astagafirullah… semoga Tuhan mengampunkan dosa mereka. Saya sempat menasihati mereka setakat mana termampu. Semoga Tuhan membukakan pintu hati mereka untuk bertaubat. Saya cukup kesal kerana waktu saya melihat mereka, mereka belum sempat berpakaian dengan sempurna. Maka kelihatanlah bra gadis itu yang terlalu sunti bagi saya. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bencanamu… lindungilah kami dari segala dosa dan dugaanmu. Itu yang terlalu sunti bagi saya. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bencanaMu… lindungilah kami dari segala dosa dan dugaanMu. Kurniakanlah kami cuma dengan nikmatMu yang halal bagi kami. Kami bermohon ya Allah…

budak2 yang mendapat cahaya dari tingkap


Saturday, October 4, 2008

AYUH MULAKAN SEMULA

Mulanya saya terfikir untuk melupakan saja blog ini. Sedangkan menulis diari pun saya tak pernah sampai lebih dari bulan Februari, inikan pula blog. Namun, beberapa pelajar baru-baru ini bertanya, “cikgu, blog cikgu bila nak update? Dah setahun dah”. Dan ada seorang yang mulutnya lebih selabeh pun pernah memberitahu saya, “cikgu, cuba buka blog cikgu. Saya tengok hari tu dah bercendawan”.

Rupanya, ada juga orang yang suka baca blog, ya. Saya ingatkan, saya sendiri saja. Saya memang mengikuti perkembangan blog Siti Raihani, teman saya sejak mula dia menjemput saya membaca blognya. Baiklah, MARI MULAKAN SEMULA…

Saya mungkin tidak akan menjadi penulis blog yang prolifik. Mustahil. Novel yang telah siap saya tulis pun, kini telah berusia dua tahun dalam pc saya. Nak mengedit kononnya. Tak siap-siap pun. Entahlah, harapnya saya akan hantar ke publisher hujung tahun ini. Tapi, bukan untuk dipublish oleh KAKINOVEL. Saya sudah malu dengan mereka. Pernah saya hantar 4 bab pertama untuk dinilai dan mereka bersetuju untuk menerbitkan novel tersebut. Namun, itu cerita setahun lalu. Bila ditelefon beberapa kali, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Entahlah, terlalu sibuk untuk siap mengedit. Mungkin saya patut melupakan cita-cita sebagai SASTERAWAN NEGARA. Hehehehee (amboi bai… lu biar betol. Cite2 kemain tinggi tak ingat…)

Nampaknya, mungkin blog saya akan ada banyak flashback. Mungkin. Sebab banyak sangat yang say rasa menarik untuk diceritakan, tetapi telah jauh berlalu. Semuanya sebab sibuk. Sibuk, sibuk dan sibuk. (Hekeleh, orang lain pun keje jugak. Orang lain pun cikgu jugak…) Memanglah sebenarnya masa tu ada. Tapi, banyak pula digunakan untuk benda lain seperti berehat, lepak, lepak, dan lepak…