Sunday, July 19, 2009

KALAU ADA MASA, BERKUNJUNGLAH KE ZOO BATU 3. Heheeee…



Ada student saya yang mulut selabeh kata rumah saya dah jadi zoo. Entah kenapa saya sekarang jadi taksub sikit dengan ikan dan hamster ni. Kalau dulu masa kat taman king fook, ada la juga bela ikan dalam aquarium ckg Azmi. Masa kat taman semarak, ikan pelaga asalnya, dicetuskan oleh mantagap. Then, saya bela pulak kura2 dan ikan-ikan lain. Bila dah pindah batu 3 ni, bertambah la lagi koleksi.
Saya ada 2 aquarium. Satu yang besar, menghimpunkan pelbagai species haiwan laut spt ikan paus, anjing laut, ikan barakuda, penyu belimbing dan macam-macam lagi lah. Satu aquarium lagi, untuk ikan gapi. Saya memang bekenan dengan ikan gapi yang bersifat ‘aseks’ ni. Tapi, bila akuarium tu nampak kosong sangat, saya tambah dengan anak ikan koi. Tapi, tak sempat ambik gambor anak2 ikan koi tu.
Tempat hamster saya pun sebenarnya sebuah akuarium yang dijadikan sangkar. Kiranya, ada 3 akuarium la. Cuma akuarium hamster tu tak la diisi air. Ko nak mampos, isi air ????????

Alif pernah cakap, sebelum dia balik ke Poli, dia nak panggang udang ni sekor. Berani, panggang la. Ada juga budak poli balik ipoh dengan kulit rentung kena bakar nanti...

Saya suka sangat ikan gapi ni lepas tengok promo astro prima. terus berangan nak ada sebuah akuarium besar yang dipenuhi ikan gapi. Boleh... tapi kena la leburkan duit beribu nak bagi penuh akuarium. dah la ikan gapi tu cenonet jer...

ikan gapi ni tak ada jantina dan boleh buat anak tanpa pasangan. dia cuma perlu men sabun jak. hahahaaaa...

Dulu masa kat Tmn Semarak, ramai tak percaya bila saya kata saya bela 11 ekor ikan laga dalam 1 akuarium. So, dalam akuarium ni pun saya bela gak walau cuma 2 ekor. Yang bestnya, dua ekor ni dah port kat dalam bekas putih ni ala-ala dorang punya, ikan lain tak boleh masuk.

Cuba tengok. tak gaduh pun, tak gaduh pun....wekwekk...tak gaduh pun...

Maknanya, ada la saya baca-baca tu...Nak belajar, bawak pengeras ikan gapi 10 ekor...

Boleh sudah saya tercalon anugerah nobel keamanan kategori hidupan akuatik.heheeee...

Udang cenonet macam ni pun saya bela tau. Tiada diskriminasi saiz...

Udang port bawak. Kat atas tu port kura2 dan iakan pelaga. Tapi kengkadang, udang ni pun ada ati gak lepak kat atas sebab bila malam kat atau tu ada lampu merah. Feeling2 berdisko la udang ni jugak.

Hensem kan, udang2 saya....

Kata tauke kedai ikan tu, ikan ni species shark versi katik. Tapi memang nampak garang kan.

Ikan koi ni selalu cool jer. Walau ikan lain suka bermain, dia maintain tenang trap ayu.

Ini pun ikan shark katik versi albino katanya. Tapi bestnya, ikan ni suka menari. Tapi kengkadang, trap ikan MPT. Tau tak ikan MPT? Sabar kau, sia tunjuk ha...

Cutenya bila kura2 kena kejar dengan ikan koi. Lagi cute bila kura2 tu landing atas udang galah, tak pasal2 kena sepit tangannya. Huru-hara terus.

Kura2 keluar dari rumahnya setelah yakin ikan koi tak nampak dia. Perhatikan ikan koi kat ujung sana tengah menskodeng.

Kalaulah binatang pun boleh duduk berbilang kaum dalam satu akuarium, apatah lagi manusia. Hidup 1 MALAYSIA...HIDUP BANG NAJIB....

DINER TIME.....

Ni la rumah dia yang sebenar2nya. kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah.... apa yang penting, bekerjasama...

Corak di bawah seekor wonderpet.

Apa yang penting...bekerjasama....ni pulak hamster, jiran sebelah. Saya patut bela itik jugak ek...

Bekas biru tu, tempat makan. Time makan semua berebut turun gelongsor.

katil double decker...sebelah tu, basikal untuk hamster ke pasar membeli kuaci.

Yeah...laju lagi... laju lagi.... masa untuk bersenam...

Pose...pose... huk aloh, comel....

Bersedia bergelongsor untuk makan....

Air hijau tu bukan air tebu ok, tapi vitamin. Itulah rahsia kegebuan hamsterku...

Sunday, July 5, 2009

PEMBURU DAN SARANG LABAH-LABAH.

Saya telahpun menceritakan kisah ini pada hampir setiap kelas yang saya ajar di SMK Tawau. Malah, saya sempat membuat satu slot khas waktu Kem Seni Budaya SMK Tawau semata-mata untuk menceritakan kisah ini kepada para peserta.

Tak tahulah mereka semua masih ingat atau tidak. Saya sendiri pernah melupakan cerita ini setelah Tengku Cahaya menceritakannya kepada saya satu masa lalu. Kemudian, saya berusaha mengingatinya kembali dan berjanji, takkan pernah melupakan cerita ini lagi.

Awal tahun hari tu, anak angkat saya, Rijan datang menghampiri saya dan meminta saya menceritakan semula cerita tersebut. Mungkin dia juga pernah seperti saya. Mendengar, melupakan, dan cuba mengingati semula. Sama seperti saya dan Tengku Cahaya cuma bezanya, Rijan tidak pula berjanji untuk tidak melupakan cerita ini lagi.

Hari ini, saya mahu menceritakannya semula...Begini...Satu hari selepas hujan di awal petang, ada seorang pemuru yang asyik memburu. Tidak ada lain dalam fikirannya selain dari hari buruan yang bakal diperolehnya pada hari itu. Dia berjalan dan terus berjalan sepertimana hari-hari biasa, untuk memburu.


Dalam tak sedar, rupa-rupanya pemburu itu sedang diintip oleh seekor harimau.Apa lagi, kali ini harimau itu pula yang memburu pemburu itu. Dia lari sekuat-kuatnya. Harimau semakin mengejar. Mujur si pemburu sempat melihat sebuah telaga yang berada berhampirannya.

Apa lagi, segera dia terjun ke dalam telaga itu dan mujur, dia sempat berpaut pada akar yang terjuntai di dalam telaga itu. Harimau iu mengelilingi mulut telaga dan sesekal menjenguk ke bawah. Pemburu sangat takut. Sesekali harimau itu mengaum dengan kuat kerana perutmya sudah begitu lapar dan dia terbayangkan nikmatnya meratah daging manusia.


Si pemburu melihat ke bawah pula. Di lantai telaga, ada seekor ular besar yang sudah bersedia mengangakan mulutnya sambil lidahnya terjelir-jelir.



Pemburu tambah ketakutan. Di atas harimau, di bawah ular. Dia terbayangkan dirinya, apakah menjadi makanan salah satu daripada haiwan ganas itu. Si pemburu akhirnya tersedar, ada lubang rahsia di dinding telaga itu. Lubang rahsia itu mampu membawanya keluar dari telaga tersebut. Ya, hanya dengan masuk ke dalam lubang rahsia itulah dia dapat menyelamatkan diri daripada harimau dan ular.



Si pemburu menghampiri lubang rahsia tersebut. Dia ingin mnyelamatkan dirinya. Namun, dia menangguhkan niatnya apabila terlihat, di dada lubang rahsia itu terdapat sarang labah-labah yang sangat cantik. Tambahan pula, percikan air hujan yang masih bergantungan melakat di dada sarang labah-labah, kelihatan cukup indah dan berwarna-warni disuluh cahaya matahari. Si pemburu benar-benar terpegun.



Pemburu menangguhkan niatnya untk masuk ke lubang rahsia. Dia terasa rugi jika sarang labah-labah yang indah itu dimusnahkan. Dia cukup terpukau dengan keindahan sarang labah-labah yang bersifat sementara itu.Namun, pemburu tidak sedar. Akar tempat dia berpaut, menjadi semakin rapuh. Ada dua ekor tikus sedang mengacip akar yang dipautnya. Akar tersebut menjadi semakin genting.



Harimau masih kelaparan dan berlegar-legar di atas sana. Ular masih menjelir-jelirkan lidahnya yang bercabang. Tikus masih terus megacip akar tempat si pemburu berpaut hinga menjadi semakin genting dan genting. Manakala pemburu, masih terpukau dengan keindahan dunia.


Anak-anak, kitalah pemburu itu. Pemburu yang sentiasa sibuk mengejar urusan dunia. Harimau itu adalah maut yang sentiasa mengejar kita. Perigi, adalah lubang kubur kita. Ke situlah kita akhirnya nanti. Ular, adalah siksa kubur yang menanti kita kerana kelalaian kita sendiri. Akar adalah keimanan yang telah kita bentu dengan acuan sendiri. Tikus adalah masa yang sentiasa menunggu kita.Lubang rahsia adalah pintu agama. Jika kita melangkah dan memilih agama, kita pasti akan selamat. Dan sarang labah-labah adalah dunia yang cantik, tetapi bersifat sementara. Fikir-fikir dan renung-reungkanlah...